Page 69 - Pengenalan baru
P. 69
U H A I A N I T A
B e b a s k a n h a t i m u
Jangan Biar Ianya Tersakiti
Jika terdapat keraguan atau kesilapan, ia akan dikembalikan untuk
pembetulan. Apabila segala maklumat telah pasti pendaftar berkenaan
akan menandatangani sijil akuan cerai yang telah disempurnakan dan
menghantar satu salinan kepada Ketua Pendaftar Nikah. Cerai dan
Rujuk bagi negeri atau wilayah berkenaan. Perceraian tersebut akan
direkodkan di dalam Buku Daftar Cerai.
Seterusnya pendaftar akan menyerahkan sijil akuan ceral tersebut
kepada pasangan berkenaan dan biasanya setelah isteri tersebut tamat
tempoh edahnya dan direkodkan di dalam buku daftar serahan sijil
akuan cerai.
Terdapat kes suami yang ingin berkahwin dengan perempuan lain
semasa isteri yang diceraikan sebelum itu masih di dalam tempoh dah.
Bagi kes sebegini, pihak suami dikehendaki membuat permohonan
berpoligami kepada Mahkamah Syariah di tempat dia bermastautin!
tinggal.
Cerai Luar Mahkamah
Perceraian luar mahkamah bermaksud perceraian yang dilakukan
tanpa kebenaran Mahkamah Syariah. Cerai luar mahkamah
termasuklah lafazkan cerai secara lisan tanpa kebenaran mahkamah,
cerai melalui e-mel dan cerai melalui sistem pesanan ringkas atau SMS.
69 |https://nurhibahconsultants.blogspot.com/

