Page 37 - Buletin JPP Lmuharib'IIS Edisi Disember
P. 37

P e l i n d u n g





                   M a t a h a r i












             Adakah kamu suka beriadah? Jalan-jalan hilangkan stres selepas bertahun duduk
             rumah?  Ramai  yang  tidak  tahu  bahawa  pelindung  matahari  merupakan  kawan
             baik  bagi  kulit  kita  semasa  di  siang  hari  terutamanya  semasa  berada  di  luar
             rumah.
             Apakah itu pelindung matahari? Apakah kepentingan pelindung matahari? Untuk
             pengetahuan  anda,  penggunaan  pelindung  matahari  atau  juga  dikenali  sebagai

             sunscreen merupakan produk yang paling utama dalam penjagaan kesihatan kulit.
             Penggunaan pelindung matahari ini bukan sahaja untuk kegunaan kosmetik, malah
             lebih  daripada  itu.  Malaysia  yang  terletak  di  garisan  khatulistiwa  telah
             menghasilkan dua musim iaitu panas dan lembab sepanjang tahun. Oleh hal yang
             demikian,  perlindungan  kulit  daripada  sinaran  matahari  terik  adalah  sangat
             penting.  Walaupun  cahaya  matahari  merupakan  salah  satu  sumber  vitamin  bagi
             tubuh  kita,  namun  cahaya  matahari  yang  berlebihan  boleh  membawa  padah.
             Meskipun  begitu,  kegunaannya  yang  penting  terhadap  kesihatan  kulit  bagi

             perempuan mahupun lelaki masih lagi dipandang enteng.
             Antara  kepentingan  pelindung  matahari  (sunscreen)  untuk  kulit  wajah  ialah
             mengelakkan keradangan kulit. Apabila kulit kita terdedah dengan sinaran UV, ia
             boleh  menyebabkan  kemerahan  dan  keradangan  kulit.  Pelindung  matahari  akan
             menjadi dinding pelindung kulit daripada sinaran matahari yang berbahaya.
             Seterusnya,  sunscreen  dapat  mengurangkan  risiko  kanser  kulit.  Tahukah  anda,

             kanser  kulit  juga  berpunca  daripada  kulit  yang  sering  terdedah  dengan  sinaran
             matahari?  Menggunakan  pelindung  matahari  setiap  hari,  walaupun  cuaca  tidak
             begitu terik adalah salah satu kaedah awal yang baik untuk mencegah kanser kulit
             yang ramai tidak sedar.
             Akhir sekali, sunscreen membantu mencegah selaran matahari. Pakar dermatologi
             seringkali  menekankan  kepentingan  sunscreen  dan  pencegahan  kulit  daripada
             terkena  selaran  matahari.  Anda  boleh  mengalami  sunburn  sekiranya  anda
             menghabiskan masa yang lama di luar tanpa penggunaan sunscreen.
             Ingatlah, lebih baik mencegah daripada merawat.














         O L E H :   M E R O L E S A   B I N T I   M A H I N ,   P I S M P ,   B M   1
   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42