Page 38 - Buletin JPP Lmuharib'IIS Edisi Disember
P. 38

Antara 7 Sunnah Nabi






                                  Setiap Hari






                    Tahajjud  –  Kemuliaan  seorang  mukmin  terletak  pada
                    tahajjudnya.  Doa  juga  pastinya  akan  mudah  termakbul  dan

                    menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.



                    Membaca  Al-Quran  –  Digalakkan  membaca  Al-Quran  sebelum
                    terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia.

                    Sekurang-kurangnya  dalam  sehari,  seorang  muslim  perlulah

                    membaca Al-quran agar tidak leka dengan dunia.



                    Pergi  ke  masjid  –  Hal  ini  kerana  masjid  merupakan  pusat
                    keberkatan. Kaum lelaki adalah amat digalakkan untuk pergi ke

                    masjid.



                    Menjaga solat dhuha – Hal ini kerana kunci rezeki terletak pada
                    solat  dhuha.  Solat  ini  akan  memberi  kesan  yang  sangat  baik

                    dalam mendatangkan rezeki.



                    Menjaga  sedekah  –  Allah  amat  menyukai  orang  yang  suka

                    bersedekah. Malaikat juga akan sentiasa mendoakan orang yang
                    rajin bersedekah.



                    Menjaga wudhuk – Allah juga amat menyayangi hambanya yang

                    sentiasa menjaga wudhuk.



                    Mengamalkan  istighfar  –  Dengan  mengamalkan  istighfar,
                    masalah yang terjadi disebabkan oleh dosa kita akan dijauhkan

                    oleh Allah. Bukan itu sahaja, ia juga akan menjadikan hati kita
                    akan berasa sentiasa tenang.










               O L E H :   N U R U L   M A Z I A H   B I N T I   A M A D   J A K R I N ,
                                  P I S M P ,   B M   2
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43