Page 21 - Buku Pengurusan 2021
P. 21
iv. Sekiranya kursus itu adalah untuk tempoh yang panjang, sekolah layak memohon
guru ganti.
v. Selepas tamat kursus, guru hendaklah membuat laporan dan menyerahkannya
kepada Pengetua.
vi. Guru-guru dikehendaki menguruskan ‘jual beli’ kelas dengan kelulusan GKMP.
5.3. Cuti Penggal Sekolah Boleh dipanggil Bertugas
i. Ketua Jabatan boleh memanggil guru-guru untuk menjalankan tugas-tugas selain
daripada tugas mengajar semasa cuti penggal tidak melebihi separuh daripada cuti
penggal sekolah dalam satu-satu tahun (Perintah Am Bab C-50).
6. ALATAN / HARTA BENDA SEKOLAH
6.1. Penggunaan Alat / Harta Benda Sekolah
i. Guru-guru mesti bertanggungjawab menjaga alat / harta benda sekolah yang
digunakan mengikut peraturan tertentu.
ii. Barang-barang yang dipinjam hendaklah dipulang setelah menggunakannya.
iii. Sebarang kerosakan / kehilangan hendaklah dilaporkan dengan segera.
6.2. Pengeluaran Bahan-bahan Bercetak
i. Sebarang bahan bercetak adalah untuk edaran dalaman sahaja. Risalah-risalah yang
dikeluarkan mestilah tidak berbau politik atau subvertif. Kebenaran daripada
Pengetua hendaklah didapati terlebih dahulu sebelum risalah atau majalah dicetak,
salinanya hendaklah dihantar ke Pejabat Pengetua untuk simpanan dan rujukan.
7. URUSAN DENGAN ORANG LUAR
i. Orang luar termasuk jurujual tidak boleh berjumpa guru dan kakitangan tanpa kebenaran
Pengetua / Penolong Kanan. Oleh itu, guru / staf bukan akademik, diingatkan supaya
bertanya kepada pihak yang ingin berjumpa sama ada telah mendapat kebenaran atau
tidak.
ii. Orang luar dilarang berjumpa guru atau pelajar di bilik darjah semasa guru sedang
mengajar.
iii. Guru-guru dilarang membawa orang-orang luar yang tiada kaitan dengan urusan sekolah
ke bilik guru dan bilik lain di sekitar sekolah.
iv. Staf bukan akademik dilarang membawa orang luar sewaktu masa bekerja.
8. KESELAMATAN DIRI DAN PELAJAR
8.1. Keselamatan Pelajar
i. Semua guru yang mengajar dalam bilik darjah, makmal, di padang atau aktiviti
kokurikulum di sekolah atau di luar kawasan sekolah atau di mana sahaja pun, adalah
bertanggungjawab terhadap keselamatan murid di bawah jagaannya.
ii. Guru yang diarahkan secara bertulis dalam dokumen rasmi sekolah (Buku Pengurusan
dan Agihan Tugas S.T.A.R 2021) adalah bertanggungjawab terhadap keselamatan
murid-murid di bawah jagaannya. Oleh itu guru hendaklah sentiasa berhati-hati dan
mengawal dengan rapi setiap gerak geri murid supaya tidak berlaku kemalangan atau
keceraan.
iii. Pembelajaran dan Pemudahcaraan PJPK tidak boleh dijalankan di padang samada
semasa hujan atau waktu guruh dan kilat walupun tiada hujan.
iv. Sekiranya berlaku kemalangan atau kecederaan, guru yang bertanggungjawab
hendaklah mengambil tindakan segera dan melaporkan kepada guru bertugas atau
Warden bertugas.
v. Pengetua / Penolong Kanan Pentadbiran / Penolong Kanan HEM / Penolong Kanan
Kokurikulum, hendaklah diberitahu jika berlaku kemalangan kepada guru atau murid.
vi. Semua guru yang menjaga makmal dan bilik-bilik khas adalah bertanggungjawab
mengadakan langkah-langkah keselamatan, peraturan atau tatacara keselamatan bagi
makmal / bilik khas masing-masing.
20

