Page 23 - Buku Pengurusan 2021
P. 23

d.  Buku Stok / Inventori
                                  i.  Guru Kanan atau Ketua Panitia bertanggungjawab menguruskan buku stok dan
                                     memastikan  maklumat  dalam  stok  atau  inventori  adalah  tepat,  lengkap  dan
                                     sentiasa dikemaskini. Buku ini akan disemak dari masa ke semasa oleh Pegawai
                                     Aset Sekolah.

                          e.  Penggunaan Kenderaan Sekolah
                                  i.  Mendapatkan kebenaran terlebih dahulu dan membuat tempahan serta gunakan
                                     borang penggunaan kenderaan bagi menentukan tarikh / masa / tempat.
                                  ii.  Jika  lawatan  bukan  urusan  khas  sekolah,  bayaran  tol  serta  saguhati  pemandu
                                     hendaklah ditanggung sendiri oleh pihak yang membuat lawatan, jumlah bayaran
                                     boleh dirundingkan.
                                 iii.  Jika lawatan bertindih, keutamaan akan diberikan kepada urusan rasmi sekolah
                                     dan  pihak  sekolah  tidak  bertanggungjawab  untuk  mencari  kenderaan  lain  dan
                                     juga hari ganti


               PANDUAN GURU TINGKATAN
               1.      Butir-Butir Pelajar
                       1.1.   Nama dan maklumat pelajar hendaklah direkodkan dalam sistem Aplikasi Pangkalan Data
                              Murid (APDM) .
                       1.2.   Guru tingkatan tidak lagi perlu mengisi Buku Rekod Kedatangan Pelajar secara manual.
                       1.3.   Bagi  pelajar  Tingkatan  1  dan  Pelajar  Tingkatan  4  (ambilan  baharu)  guru  tingkatan
                              bertanggungjawab mendaftarkan nama pelajar dalam Buku Pendaftaran Sekolah.
                       1.4.   Bagi pelajar yang pindah sekolah, guru data bertanggungjawab membuang rekod pelajar
                              dalam APDM.

               2.      E-Kehadiran (APDM)

                       2.1    Mengisi e-kehadiran sebelum jam 10.00 pagi setiap hari.
                       2.2    Melengkapkan dan mengemas kini semua butir yang dikehendaki dalam APDM.
                       2.3    Mengesahkan kehadiran bulanan dan membuat salinan (cetakan) dan dihantar kepada
                              Penolong Kanan HEM.
                       2.4    Analisis kehadiran bulanan akan dijana secara automatik oleh sistema APDM.

               3.      Murid Masuk
                       3.1.   Penolong  Kanan  HEM  akan  memberi  borang  pendaftaran  kepada  setiap  pelajar  yang
                              baru  masuk.  Guru  Tingkatan  dikehendaki  mendapatkan  borang  tersebut  yang  lengkap
                              diisi berserta salinan Kad Pengenalan / Surat Beranak daripada pelajar berkenaan untuk
                              difailkan.
                       3.2.   Setelah mendapat surat kelulusan rasmi untuk pertukaran masuk seseorang pelajar, guru
                              tingkatan dikehendaki membuat pendaftaran lengkap dalam APDM .





















                                                             22
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28