Page 22 - Buku Pengurusan 2021
P. 22

vii.  Jika  pelajar  menghadapi  kemalangan,  guru  /  warden  bertugas  perlu  menghubungi
                                segera Pengetua / Penolong Kanan Pentadbiran / Penolong Kanan HEM / Penolong
                                Kanan  Kokurikulum  /  GKMP  sebelum  langkah  seterusnya  menghubungi  ibu  bapa
                                pelajar terbabit dilakukan.
                            viii.  Jika pelajar asrama tidak pulang ke asrama pada waktu yang telah ditetapkan, warden
                                bertugas diwajibkan memaklumkan kepada Penolong Kanan HEM yang akan bertindak
                                untuk menghubungi penjaga pelajar pada kadar segera.

                      8.2.  Kunci
                            i.   Semua kunci mesti disimpan di pejabat (sila patuhi tatacara pengurusan kunci).
                            ii.  Kalau ada guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu, mestilah mendapat
                                kebenaran  dari  Pengetua.  Guru  tersebut  adalah  bertanggungjawab  terhadap  bilik
                                tersebut sepenuhnya.

                      8.3.    Keselamatan Makmal Sains dan Bilik-bilik Khas
                            i.   Semua  guru  yang  mengajar  di  makmal  dan  bilik-bilik  khas  dan  guru-guru  lain  yang
                                menggunakan bilik-bilik berkenaan hendaklah menentukan aspek-aspek keselamatan
                                penggunaan alat-alat radas yang digunakan.
                            ii.  Alat-alat yang telah digunakan hendaklah disusun atau diatur semula dengan kemas.
                                (Sila rujuk kepada Peraturan-Peraturan Makmal Sains dan sebagainya).
                            iii.   Keselamatan i-Pad di Future Classroom adalah di bawah tanggungjawab guru yang
                                dilantik.

                      8.4.    Kegiatan Kokurikulum
                              i.  Semua guru akan ditugaskan menjadi penasihat kegiatan
                              ii.  Kokurikulum - Tugas ini hendaklah dijalankan dengan cekap dan teratur.
                                (Rujuk - Buku Pengurusan dan Agihan Tugas S.T.A.R 2021.)
                              iii.  Kecederaan pelajar yang bahaya mesti dilaporkan kepada Pengetua / Penolong Kanan
                                Pentadbiran / Penolong Kanan HEM / Penolong Kanan Kokurikulum / guru bertugas /
                                warden bertugas sebelum melaporkan kepada ibu bapa selepas dihantar ke hospital.
                              iv. Semua guru perlu menjaga keselamatan pelajar dengan rapi semasa di dalam atau
                                luar bilik darjah.
                              v.  Guru  pengiring  wajib  mengiringi  pelajar  bagi  program  kokurikulum  di  luar  kawasan
                                sekolah

               9.  PERATURAN-PERATURAN LAIN / PANDUAN
                          a.  Menulis Surat Rasmi
                                  i.  Semua  surat  berkaitan  hal  sekolah  atau  perjawatan  hendaklah  ditulis  melalui
                                     Pengetua supaya dapat disalurkan kepada pihak yang tertentu.
                                  ii.  Semua surat rasmi hendaklah menggunakan dua tarikh (Masihi dan Hijrah)
                                 iii.  ‘Letter-head’ sekolah hanya boleh digunakan dengan kebenaran Pengetua.

                          b.  Fail-fail Sekolah
                                  i.  Apabila  guru-guru  menerima  fail  yang  telah  diminitkan  untuk  sesuatu  tindakan,
                                     guru  berkenaan  hendaklah  mengambil  tindakan  segera  mengikut  arahan  dan
                                     masa yang ditetapkan.
                                  ii.  Sila  tandatangani Buku  Edaran  Fail  semasa  menerima  fail.  Sila  pulangkan  fail
                                     dengan segera setelah diambil tindakan.

                          c.  Penggunaan Telefon / Faks / Mesin Fotokopi Sekolah
                                  i.  Telefon  /  Faks  dan  mesin  fotokopi  sekolah  hanya  digunakan  untuk  urusan
                                     pentadbiran sekolah sahaja.




                                                             21
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27