Page 108 - pdfcoffee.com_modul-kokurikulum-mbkpdf-pdf-free
P. 108

Lompat Tinggi
               Lompat  tinggi  merupakan  acara  yang  memerlukan  kemahiran  melompat  melepasi

               palang  dengan  had  tinggi  yang  tertentu.    Lompat  tinggi  merupakan  salah  satu
               daripada acara olahraga yang memerlukan kekuatan otot kaki dan otot perut serta

               fizikal yang tinggi agar dapat mencapai sasaran ketinggian yang maksimum.


               Fasa Lompat Tinggi

               Semua gaya lompatan boleh dibahagikan kepada empat fasa pergerakan iaitu:
                    i.     Penujuan – larian menghala ke palang

                   ii.     Lonjakan – tindakan kaki untuk menaikkan badan
                   iii.    Layangan – gaya dan kedudukan badan ketika berada di udara dan di atas

                           palang.

                   iv.     Pendaratan – sentuhan badan dan bahagiannya dengan tempat
                           mendarat



               Gaya Lompat Tinggi


               Terdapat beberapa gaya lompat tinggi  iaitu gaya gunting, gaya timur, gaya guling

               barat, gaya pelana dan gaya Fosbury Flop.
                    i.     Gaya gunting

                           Pelompat menuju ke palang secara bersudut dan melonjak dengan kaki
                           yang berada di luar dari palang. Semasa melepasi palang, pelompat

                           berada dalam keadaan duduk berlunjur.











                                                           98

                                                 Rajah 22 : Gaya gunting
   103   104   105   106   107   108   109   110   111   112   113