Page 104 - pdfcoffee.com_modul-kokurikulum-mbkpdf-pdf-free
P. 104
Acara Larian
Larian Dekat / Pecut
Larian dekat/ pecut terdiri daripada tiga fasa larian iaitu fasa permulaan, fasa larian
dan fasa penamat.
Fasa permulaan
Fasa permulaan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu gaya peluru, gaya sederhana,
dan gaya panjang.
i. Memulakan larian tanpa blok permulaan:
Gaya peluru
- berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau setengah tapak kaki.
- hujung tapak kaki belakang selari dengan tumit tapak kaki hadapan.
- ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.
Gaya sederhana
- berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau setengah tapak kaki.
- lutut tapak kaki belakang selari dengan hujung tapak kaki hadapan.
- ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.
94

