Page 106 - pdfcoffee.com_modul-kokurikulum-mbkpdf-pdf-free
P. 106

-    Lutut belakang digerakkan ke hadapan dengan cepat dan pada tahap

                              rendah. Kaki hadapan diluruskan sepenuhnya. Fasa pecutan melibatkan
                              larian  dalam  jarak  di  antara  30  hingga  60  meter,  kedudukan  badan

                              berubah dari rendah ke condong ke hadapan. Jarak langkah juga turut
                              bertambah dalam fasa ini.



                     ii.  Kelajuan maksimum dan pengekalan kelajuan
                         -    Fasa pecutan berlaku di antara jarak 30 meter dan 60 meter iaitu pada

                              awal larian.
                         -    95% daripada kelajuan maksimum dicapai pada jarak kria-kira 18 meter.

                         -    Apabila  seseorang  atlet  mencapai  kelajuan  maksimum,  kadar

                              pecutannya ditentukan oleh tahap kecergasan fizikal atlet.


                    iii.  Larian di selekoh
                         -    Pada bahagian selekoh, semakin laju atlet berlari semakin kuat kuasa

                              ‘centrifugal’.
                         -    Pelari  perlu  merendahkan  badan  ke  dalam  sedikit  untuk  memastikan

                              lariah selekoh berkesan untuk mengimbangi kuasa ‘centrifugal’.

                         -    Tangan  kiri  dihayun  lurus,  manakala  tangan  kanan  menyilang  badan
                              mengarah ke dalam.


               Fasa penamat

                     i.    Berlari dengan 10 meter lebih dari jarak lariannya.
                     ii.   Pelari perlu berlari pecut sehingga melewati garisan penamat.

                    iii.   Cara  yang  paling  baik  untuk  menamatkan  larian  adalah  dengan

                           menonjolkan bahagian dada ke hadapan.




               Lompat Jauh

               Lompat  jauh  adalah  suatu  gerakan  melompat  ke  depan  atas  dengan  usaha  agar
               badan melayang di udara yang dilakukan dengan cepat dan dengan cara melakukan

               tolakan satu kaki untuk memperoleh jarak sejauh-jauhnya.





                                                           96
   101   102   103   104   105   106   107   108   109   110   111