Page 105 - pdfcoffee.com_modul-kokurikulum-mbkpdf-pdf-free
P. 105
Gaya panjang
- berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau setengah tapak kaki.
- lutut tapak kaki belakang selari dengan hujung tumit kaki hadapan.
- ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.
ii. Memulakan larian dengan blok permulaan:
Gaya peluru
- blok permulaan adalah rapat dengan garisan permulaan.
- blok hadapan diletakkan dua tapak dari garisan permulaan dan blok
belakang setapak dari bahagian hadapan blok hadapan.
Gaya sederhana
- letakkan blok pertama dua tapak dari garis permulaan.
- blok belakang dua tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.
Gaya panjang
- blok hadapan diletakkan dua tapak dari garis permulaan.
- blok belakang tiga tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.
Fasa larian
i. Pecutan
- Selepas arahan ‘pelepas ke garisan’ diberi, pelari mengambil tempat di
blok permulaan.
- Tangan lurus dan buka seluas bahu. Ibu jari dan jari telunjuk dibuka
dengan luas dan jari-jari lain rapat di antara satu sama lain, diletakkan
di belakang garisan mula.
- Kepala dan leher didongak iaitu sebahagian dari ‘torso’. Mata
memandang ke hadapan dengan penuh tumpuan. Selepas arahan
‘sedia’ diberikan, pinggul diangkat tinggi dan badan condong ke
hadapan.
- Selepas bunyi tembakan pistol, pergerakan ke hadapan dimulakan
dengan hayunan pergerakan yang kuat bahagian tangan dan kaki.
- Tangan yang bertentangan dengan kaki belakang memulakan
pergerakan hayunan ke hadapan. Tangan lain digerakkan ke belakang
dengan kuat. Tangan dibengkokkan pada sudut 90 darjah.
95

