Page 109 - pdfcoffee.com_modul-kokurikulum-mbkpdf-pdf-free
P. 109
ii. Gaya Timur
Pelompat menuju ke palang secara lurus dari hadapan 90 darjah. Semasa
melonjak, kaki bebas dihayun secara tegak ke hadapan badannya dan
pelompat melepasi palang secara mengiring.
Rajah 23 : Gaya timur
iii. Gaya Guling Barat
Penujuan ke palang secara bersudut seperti dalam gaya gunting. Pelompat
melonjak dengan kaki yang lebih dekat dengan palang. Kaki lonjakan
berada dalam keadaan bengkok semasa pelompat ‘berguling’ selari
dengan palang untuk membuat pelepasan.
Rajah 24 : Gaya guling barat
iv. Gaya Fosbury Flop
Gaya yang paling popular dan berkesan pada masa kini ialah gaya Fosbury
Flop. Mengikut gaya ini pelompat menuju ke palang dengan
membelakangkan palang.
99

