Page 121 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 121

114






                                               HR31 | Penyelia Asrama

                            RUJUKAN
                      i   Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2009: Buku Penghuraian Kerja Perkhidmatan Penyelia
                          Asrama (Lampiran P, P1 dan P2),
                      ii   Surat KPM 500.3/16/Jilid 3(25) bertarikh 31 Mac 2017: Senarai Tugas Penyelia Asrama di Sekolah
                          dan Institusi di bawah KPM

               1.    Membantu mengurus tugas-tugas domestik, penginapan dan kelengkapan asrama serta
                     sajian makanan.
               2.    Memastikan  kelengkapan  asrama  dan  dewan  makan  berada  dalam  keadaan  baik,
                     menyelia dapur dan dewan makan, membuat uji rasa makanan serta menyelia pekerja,

                     peralatan dapur dan asrama.
               3.    Bertanggungjawab  ke  atas  pentadbiran  dan  pengurusan  asrama  untuk  memastikan
                     peraturan asrama dipatuhi.
               4.    Turut bertanggungjawab menyediakan serta memastikan tempat tinggal penghuni asrama
                     berada dalam keadaan selamat, bersih dan kemas serta merancang anggaran keperluan
                     kewangan dan mengawal perbelanjaan.
               5.    Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa.

               (A)  ASPEK PENTADBIRAN

                     1.    Menjalankan  tugas  pendaftaran  masuk/keluar  penghuni  asrama.  Contohnya,
                           membantu warden asrama dalam urusan pendaftaran dan penempatan penghuni
                           asrama.
                     2.    Membantu  merancang,  memantau  dan  mengemaskinikan  senarai  nama  dan
                           kedudukan/pembahagian bilik penghuni asrama setiap masa.
                     3.    Memeriksa dan merekodkan maklumat penghuni asrama.
                     4.    Menyediakan laporan statistik bulanan dan tahunan penghuni asrama.

                     5.    Membantu memantau  salah  laku  penghuni  asrama  dengan menyediakan  laporan
                           kepada warden/GPK HEM (sekiranya perlu).
                     6.    Menerima  laporan  salah  laku  penghuni  asrama,  mendokumentasikan  dan
                           mengemukakan  kepada  pihak  atasan  serta  bertanggungjawab  ke  atas  disiplin
                           anggota di bawah jagaan.
                     7.    Menyedia  dan  merancang  jadual  tugas  dan  cuti  anggota  serta  membuat
                           perancangan dan kawalan kewangan asrama (pembelian/perolehan aset asrama).
                     8.    Membantu mengurus stok dan aset di asrama termasuk penerimaan, pendaftaran,
                           penyimpanan, penyelenggaraan, pelupusan dan hapus kira aset.

                     9.    Mengurus surat menyurat, fail dan surat-surat pekeliling yang berkaitan.
   116   117   118   119   120   121   122   123   124   125   126