Page 35 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SMKSI 2022/2023
P. 35

23.  KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH

                  23.1  Semua guru diminta memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan
                        harta benda sekolah. Murid yang merosakkan harta benda sekolah sama ada secara
                        sengaja atau tidak sengaja hendaklah di bawa ke pengetahuan pihak sekolah untuk
                        tindakan selanjutnya.

                  23.2  Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Panitia hendaklah memastikan adanya peraturan-
                        peraturan bagi            penggunaan alat-alat di bilik-bilik khas seperti makmal, bengkel dan
                        lain-lain.

            24.  KUNCI

                  24.1  Semua kunci hendaklah disimpan di pejabat.
                  24.2  Hanya guru sahaja yang dibenarkan mengambil kunci dari pejabat.
                  24.3  Sebarang kunci yang diambil hendaklah direkodkan dalam buku yang disediakan.
                  24.4  Guru yang hendak menyimpan kunci-kunci bilik-bilik tertentu hendaklah mendapat
                        kebenaran daripada pihak Pengetua dan mencatat dalam buku yang disediakan. Guru
                        tersebut  bertanggungjawab sepenuhnya  terhadap keselamatan kunci dan bilik
                        berkenaan. Walau bagaimanapun, kunci ini hendaklah  dikembalikan ke pejabat
                        sekolah sebelum cuti akhir tahun.

             25.  PENGGUNAAN TELEFON SEKOLAH

                  25.1  Penggunaan telefon sekolah hanya untuk urusan rasmi sahaja.
                  25.2  Tiap-tiap panggilan yang dibuat hendaklah direkodkan dalam Buku Panggilan Telefon
                        yang disediakan di pejabat.

             26.  KELAB KEBAJIKAN GURU & KAKITANGAN (KKGK) /PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU(PIBG)

                  26.1  Semua guru secara automatik  menjadi ahli Kelab Kebajikan Guru &  Kakitangan
                        Pelaksana (KKGK)    dan  Persatuan Ibu Bapa dan        Guru (PIBG) penyertaan dan
                        penglibatan dalam kegiatan kedua-dua badan ini adalah wajib.
                  26.2  Jumlah yuran keahlian Kelab Kebajikan Guru & Kakitangan (KKGK) tertakluk
                        kepada keputusan mesyuarat.



























                                 PENGURUSAN SERI INDAH  2022/23  "SYNERGY TOWARDS EXCELLENCE"        35
   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40