Page 100 - Buku Pengurusan SMK Dato' Sedia Raja 2017
P. 100

Carta Organisasi Kelas

               Jadual Waktu
               Jadual Tugas Kebersihan
               Pelan kedudukan kelas
               Maklumat mata pelajaran, artikel berinformasi & isu semasa.
               Pelan laluan kecemasan sewaktu kebakaran.
               Pelan laluan ke kelas selepas perhimpunan
               Jadual waktu larangan
               Moto kelas ,Misi & Visi Sekolah, Misi & Visi KPM, Piagam Pelanggan.
               Sudut Program Pencegahan Dadah
               Sudut Bacaan Kelas
               Alatan pembersihan
               Inventori Kelas

               1.7.3. Bilangan kehadiran harian mesti ditulis di penjuru papan putih.
               1.7.4. Memastikan semua kerusi dan meja mencukupi dan telah diberi nombor siri.
               1.7.5. Menggantikan dan mengumpulkan mana-mana perabot yang rosak di tempat yang ditetapkan.
               1.7.6. Kebersihan kelas:
               Memastikan kelas dibersihkan setiap hari persekolahan. Setiap guru yang masuk ke kelas mesti
               memastikan keadaan dalam kelas sentiasa bersih dan teratur sebelum mula mengajar
               Guru mata pelajaran terakhir perlu memastikan sampah di dalam bakul sampah dibuang setiap hari. 5
               minit sebelum berakhir P&P, murid bertugas mesti membersihkan kelas di bawah penyeliaan guru,
               menutup lampu dan kipas serta memastikan pintu kelas dikunci  sebelum meninggalkan kelas
               1.7.7. Peralatan kebersihan akan dibekalkan pada awal tahun. Adalah menjadi tanggungjawab semua
               murid di kelas berkenaan untuk menggantikannya jika hilang atau rosak
               1.7.8. Guru tingkatan perlu mengambil perhatian terhadap perkara berikut:
               Menentukan wayar elektrik, kipas dan lampu serta suisnya dalam keadaan baik dan selamat digunakan.
               Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada guru berkenaaan (Guru Perabot)
               Membimbing dan menyelia Jawatankuasa Kelas yang dilantik menjalankan tugas dengan penuh
               dedikasi.
               Mengadakan tabung kelas dengan jumlah kutipannya terpulang kepada budi bicara guru dan kemampuan
               murid. Tabung kelas ini diwujudkan untuk tujuan membeli bahan-bahan keceriaan kelas. Kutipan boleh
               dilakukan oleh bendahari kelas .Wang lebihan pada akhir tahun hendaklah dipulangkan kepada murid
               atau kaedah yang sesuai. (Hal yang berkaitan dengan tabung kelas hendaklah diputuskan dalam
               mesyuarat kelas dan diminitkan)
               Wang kutipan untuk tabung kelas hendaklah dikawal selia oleh guru tingkatan. (simpanan, pengeluaran
               resit penerimaan wang, resit pembelian dan buku akaun).
               1.8. Senarai Nama Murid Dalam Kelas (Awal Tahun)
               1.8.1. Guru tingkatan perlu menyediakan senarai tersebut mengikut format yang disediakan. Serahkan
               senarai ini kepada Penyelaras Tingkatan pada Minggu pertama sesi persekolahan .
               1.9. Senarai Nama Murid Yang Tidak Melaporkan Diri/Tidak Hadir Tanpa Sebab
               1.9.1. Guru tingkatan menyediakan senarai nama murid yang tidak melaporkan diri kepada guru
               penyelaras tingkatan untuk dipastikan keberadaan murid. (pindah sekolah/ buang sekolah) Kumpulan
               murid ini ialah mereka yang tidak hadir ke sekolah sejak hari pertama persekolahan , tanpa sebarang
               surat daripada ibu bapa/penjaga atau surat sakit.
               1.9.2. Guru tingkatan mengambil tindakan dengan menghantar surat-surat amaran ponteng sekolah dan
               surat buang sekolah kepada ibu bapa atau penjaga mengikut tatacara yang telah ditetapkan.
               2. DASAR AM PENGURUSAN DISIPLIN
               2.1. Ponteng Sekolah
               2.1.1. Murid adalah dianggap ponteng sekolah sekiranya tidak hadir sekolah dan tidak membawa surat
               daripada ibu bapa/penjaga atau surat sakit pada keesokan harinya.
               2.1.2. Guru tingkatan hendaklah menandakan 0 dalam buku BJKM kelas (sila rujuk Nota 1.1.3).
               2.1.3. Jadual penghantaran surat kes Ponteng sekolah adalah seperti berikut:



                                                            96
   95   96   97   98   99   100   101   102   103   104   105