Page 97 - Buku Pengurusan SMK Dato' Sedia Raja 2017
P. 97
JAWATANKUASA PENGURUSAN KEBERSIHAN, KESIHATAN DAN KESELAMATAN (3K)
Sentiasa berusaha untuk mencapai misi: sekolah sebagai pusat pengajaran dan pembelajaran yang
bersih, sihat dan selamat.
Sentiasa bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai visi dan misi 3K
Menekan aspek 3K setiap masa pada diri murid semasa P&P di dalam bilik darjah
Menekan aspek 3K setiap masa pada diri murid semasa aktiviti-aktiviti di luar bilik darjah yang
dianjurkan dari masa ke masa.
Sentiasa mewujudkan iklim serta identiti sekolah sebagai institusi yang bersih,indah dan selamat
Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah terhadap 3K
Meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan kemudahan-kemudahan 3K yang disediakan di
sekolah
Membina perlakuan amalan 3K dalam kalangan murid sebagai budaya hidup yang berterusan dalam
menjalani kehidupan seharian di sekolah
Sentiasa memantau amalan 3K murid di kantin sekolah dan asrama
Mendapatkan kerjasama PIBG dan agensi berkaitan untuk menyokong pelaksanaan program 3K
Menyediakan laporan dan dokumentasi pelaksanaan 3K
Melaksana aktiviti khas bagi program 3K iaitu pengredan kendiri kantin sekolah, keselamatan
sekolah,gotong royong perdana,penyelenggaraan tandas sekolah dan sebagainya
Sentiasa memantau kualiti kerja syarikat pembersihan dan syarikat keselamatan sekolah/asrama
Melaksana tugasan yang diarahkan pengetua dari masa ke masa
JAWATANKUASA BERSEPADU MENANGANI SALAH LAKU MURID
Memahami dan berusaha untuk mencapai misi : sifar salah laku berat
Memahami dan melaksana pekeliling ikhtisas dan arahan perkhidmatan tentang disiplin murid
Mengawas dan memantau perkembangan disiplin dan sahsiah murid
Sentiasa proaktif untuk mengenalpasti isu-isu dalam persekitaran disiplin di sekolah agar tindakan
pencegahan dapat dilakukan lebih awal dan secara berkesan
Sentiasa peka dengan salah laku murid agar perancangan program pemantapan dan pemulihan sahsiah
dapat dilakukan dalam kalangan pelajar
Menyalurkan maklumat dan arahan tentang ordinan-ordinan, surat pekeliling dan buku panduan kepada
semua guru
Menyedia laporan kepada JPN,PPD,KPM dan memaklumkan mereka tentang kes-kes disiplin yang berlaku
di dalam atau di luar sekolah yang disiarkan
Bertanggungjawab memastikan pelaksanaan dan penguatkusaan peraturan sekolah sesuai dengan pekeliling
ikhtisas KPM dan arahan perkhidmatan yang berkaitan
Membantu pengetua dalam menjalankan kuasa disiplin dari segi mencadangkan pemilihan hukuman yang
setimpal dengan salah laku murid secara adil dan tegas untuk dipertimbangkan dan dipersetujukan oleh
pengetua
Membantu pengetua mewujudkan iklim disiplin sekolah yang berkesan melalui sistem pengurusan disiplin
secara bersepadu dan mantap bagi meningkatkan kualiti sahsiah murid
Melakukan siasatan atas salah laku murid secara segera dan terperinci untuk memperoleh maklumat yang
jelas dan tepat agar tindakan yang dikenakan sesuai dengan salah laku murid
Merekod salah laku murid dan hukuman atas salah laku melalui Kad Salah Laku dan SDM
Sentiasa memantau sahsiah murid untuk mengesan perubahan negatif tingkah laku murid agar tindakan
pencegahan dapat dilaksanakan secara proaktif
Merancang dan melaksana program pemantapan, penguatkuasaan dan pemulihan secara berterusan
Setiap ahli bertanggungjawab melapor perancangan, aktiviti, komitmen dan isu kepada jawatankuasa
Sentiasa mewujudkan jaringan berkesan dengan PIBG, Pegawai Perhubungan Sekolah, Polis, JKKK,
PPD,JPN,KPM, Bomba,JKM,Pejabat Daerah dan semua agensi yang terbabit.
Melaksana tugasan yang diarahkan pengetua dari masa ke masa
93

