Page 98 - Buku Pengurusan SMK Dato' Sedia Raja 2017
P. 98
DASAR PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
1. DASAR AM PENGURUSAN KELAS
1.1. Buku Jadual Kedatangan Murid (BJKM) Dan e-Kehadiran
1.1.1. Semua butiran murid dalam BJKM hendaklah dilengkapkan dalam bulan pertama persekolahan.
1.1.2. Tandakan BJKM pada setiap persekolahan sebelum pukul 9.00pagi.
1.1.2.1. Sila ambil perhatian terhadap murid yang datang lewat dan murid ponteng sekolah.
1.1.2.2. Murid yang datang selepas 2 jam sesi persekolahan bermula masih dikira hadir ke sekolah.
1.1.3. Tandakan BJKM seperti berikut:
1.1.3.1. Tandakan / sekiranya murid hadir.
1.1.3.2. Tandakan O sekiranya murid tidak hadir tanpa sebab.
1.1.3.3. Tandakan S dalam bulatan sekiranya tidak hadir bersebab (surat pengesahan daripada ibu
bapa/penjaga atau sijil sakit).
1.1.3.4. Tandakan L dalam bulatan sekiranya murid lewat sekolah (dikira hadir).
1.1.3.5. Tandakan K dalam bulatan sekiranya murid mewakili sekolah dalam apa-apa aktiviti. (dikira
hadir).
1.1.3.6. Tandakan G dalam bulatan sekiranya murid digantung persekolahan (dikira tidak hadir tetapi
bukan ponteng).
1.1.3.8 Elakkan budaya comot. Cecair pemadam tidak boleh digunakan.Segala kesilapan hendaklah
dipotong dan ditandatangan ringkas.
1.1.4. Semua BJKM hendaklah sentiasa berada di pejabat sekolah dan ditanda selewat-lewatnya sebelum
jam 9.00 pagi setiap hari.
1.1.5. BJKM hendaklah ditutup tidak lewat dari 3 haribulan taip-tiap bulan berikutnya dan semua butiran
dalam bulan berkenaan hendaklah dilengkapkan.
1.1.6. BJKM akan disemak oleh GPKHEM setiap bulan dan menghantar data ke PPD sebelum 5
haribulan bulan berikutnya.
1.1.7 Data e-Kehadiran hendaklah diisi secara on line oleh guru tingkatan sebelum pukul 9.00 pagi atau
data kehadiran dihantar ke pejabat sekolah untuk diisi oleh Pembantu Tadbir secara on line.
1.1.8 Guru Tingkatan akan memasukkan data murid dan mengemas kini data kelas dalam APDM.
1.2. Fail Peribadi Murid
1.2.1. Semua murid dari kelas Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 wajib mempunyai fail ini.
1.2.2. Guru Tingkatan perlu memastikan nama penuh murid, kelas, tahun dan nama guru tingkatan
ditulis pada helaian pertama fail. Sila pastikan setiap fail dilekatkan gambar murid.
1.2.3. Semua maklumat peribadi murid seperti salinan surat beranak, kad pengenalan, keputusan
peperiksaan dalaman , keputusan peperiksaan awam dan lain-lain disimpan di dalam fail ini dan fail
sentiasa dikemas kini.
1.2.4. Buku Kesihatan Murid yang diuruskan oleh AJK Kesihatan akan disimpan di dalam fail ini juga.
1.2.5. Fail ini hendaklah diserahkan kepada murid apabila murid telah menamatkan
persekolahan/bertukar sekolah.
1.2.6. Semua fail perlu disimpan di dalam bilik maklumat.
1.3 Fail Kelas Guru Tingkatan
1.3.1. Semua surat murid, sama ada sijil sakit atau surat ibu bapa/penjaga bagi memaklumkan
ketidakhadiran murid disimpan di dalam fail ini.
1.3.2. Semua salinan surat amaran ponteng dan salinan surat gantung / buang sekolah yang dikeluarkan
juga disimpan di dalam fail ini.
1.3.3 Jika berlaku pertukaran guru tingkatan, fail ini hendaklah diserahkan kepada guru tingkatan baru
melalui Penyelaras Tingkatan.
1.3.4 Fail ini hendaklah diserahkan kepada kepada penyelaras tingkatan pada akhir sesi persekolahan
tahun berkenaan untuk disimpan disimpan di bilik maklumat sekolah.
1.4. Pendaftaran Murid Baru
1.4.1. Penyelaras Tingkatan mendaftarkan murid baru dengan memastikan Borang Pendaftaran Murid
dilengkapkan oleh ibu bapa/penjaga. Jika murid membawa bersama Borang Maklumat Murid dari
sekolah asal, sila pastikan maklumat adalah lengkap dan terkini.
94

