Page 99 - Buku Pengurusan SMK Dato' Sedia Raja 2017
P. 99

1.4.2. Penyelaras tingkatan hendaklah merujuk Unit Pendaftaran Murid untuk mendapatkan nombor
               pendaftaran
               1.4.3. Guru tingkatan menerima murid baru dan nombor pendaftaran daripada penyelaras tingkatan.
               1.4.4. Guru Tingkatan akan memasukkan data pelajar-pelajar baru dan mengemaskini data kelas APDM
               1.4.5. Guru tingkatan menyemak jika murid berkenaan menerima sebarang biasiswa dan melaporkan
               kepada Guru Biasiswa.
               1.4.6. Guru tingkatan mengenal pasti murid OKU yang berdaftar/murid BUKAN WARGANEGARA
               dan memaklumkan kepada GPK HEM.
               1.4.7. Guru tingkatan menyemak latar belakang murid jika anak yatim/pelajar miskin dan memaklumkan
               kepada GPK HEM.
               1.4.8. GPK HEM mendapatkan LAPORAN DISIPLIN, PLBS/ULBS, PEKA, Folio KH, PAFA, dll
               berkaitan kerja kursus dari sekolah terdahulu melalui murid yang mendaftar masuk.
               1.5. Buku Teks
               1.5.1. Semua murid warganegara Malaysia layak menerima SPBT.
               1.5.2. Guru tingkatan membantu Guru SPBT semasa urusan penerimaan dan pemulangan buku teks.
               1.5.3. Guru tingkatan membantu menyenaraikan nama murid yang tidak memulangkan buku teks.
               1.5.4. Guru tingkatan mesti memastikan semua buku teks yang diterima murid dibalut dengan kemas dan
               ditulis nama.
               1.5.5 Guru tingkatan juga perlu mengingatkan semua murid agar tidak meninggalkan buku teks di
               sekolah.
               1.5.6   Murid dan waris dikehendaki menandatangani Surat Aku Janji Penerimaan Buku Teks serta
               memperaku butiran yang terkandung di dalamnya.
               1.5.7. Guru tingkatan juga mesti memastikan mana-mana muridnya yang bertukar sekolah ke sekolah
               swasta, SBP atau Sekolah-sekolah di bawah anjuran MARA memulangkan semula buku SPBT tersebut
               dengan mengikut tatacara yang telah ditetapkan
               1.6. Murid Keluar/Bertukar/Berpindah
               1.6. Murid Keluar/Bertukar/Berpindah
               1.6.1. Mempastikan surat kelulusan pertukaran telah diterima.
               1.6.2. Mencatatkan maklumat/butiran dalam BJKM kelas  dan mengemas kini APDM.
               1.6.3. Pertukaran keluar ke sekolah swasta atau sekolah di bawah Pengurusan MARA
               1.6.3.1. Memastikan semua buku teks telah dipulangkan.
               1.6.3.2. Merekodkan judul buku yang dipulangkan.
               1.6.3.3. Menyerahkan satu salinan borang ini kepada Guru SPBT.
               1.6.4. Pertukaran Keluar ke Sekolah Menengah Kebangsaan
               1.6.4.1. Merekodkan judul buku yang akan dibawa ke sekolah baru.
               1.6.5. Menyerahkan satu salinan borang ini kepada Guru SPBT.
               1.6.6. Guru tingkatan menyediakan Sijil Berhenti Sekolah bagi murid murid yang akan melanjutkan
               pelajaran ke SBP ,MRSM ,Sekolah Teknik atau kolej swasta
               1.6.7. Guru tingkatan menyediakan Sijil Berhenti Murid bagi murid-murid Tingkatan 5 yang tamat
               belajar
               1.7. Pengurusan & Organisasi Kelas:
               1.7.1. Melantik Pemimpin pelajar bagi setiap Kelas:
               1.7.1.1. Ketua Tingkatan
               1.7.1.2. Penolong Ketua Tingkatan
               1.7.1.3. Bendahari
               1.7.1.4. AJK Kebersihan
               1.7.1.5. AJK SPBT
               1.7.1.6. AJK Matapelajaran
               1.7.2.  Jawatankuasa Kelas menyelaras penyediaan perkara berikut untuk ditampal pada papan kenyataan
               kelas. (di hadapan kelas).Papan kenyataan kelas milik kelas tersebut.







                                                            95
   94   95   96   97   98   99   100   101   102   103   104