Page 102 - Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK) Tingkatan 1
P. 102

Kem Motivasi




                 Motivasi yang tinggi dan semangat yang kuat perlu bagi mencapai sesuatu
                 kejayaan. Oleh yang demikian, Cikgu Amir telah merancang satu kem bina
                 semangat untuk murid-muridnya bagi menguatkan jati diri dan membina
                 semangat berpasukan. Kem bina semangat yang akan dilaksanakan itu
                 berkonsepkan rekreasi dan kesenggangan. Kem ini terbahagi kepada dua sesi,
                 iaitu sesi pagi dan sesi petang.

                       Aktiviti Sesi Pagi


                 Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan akan
                 melakukan aktiviti low element course (kemahiran tali aras rendah) iaitu spider-web,
                 alligator swamp dan giant finger. Aktiviti seperti ini dapat membina motivasi dan
                 semangat juang yang tinggi serta memupuk nilai tolong-menolong dalam kumpulan.






                           1  Spider-Web



                                                                                                                               Aktiviti
          Rekreasi & Kesenggangan
                                                                                                                              Sesi Pagi
         6
                                                  A
                                                                                       B







                 Panduan Guru

                 Cara Pelaksanaan
                 1.   Terangkan  kepada setiap  kumpulan bahawa mereka sedang  meneroka sebuah  gua
                    untuk mencari sebentuk cincin gergasi di suatu bahagian dunia yang terpencil.
                 2.   Terdapat beberapa halangan untuk mencapai misi mencari cincin gergasi.
                 3.   Halangan pertama  berupa  spider-web, seekor  labah-labah  gergasi  telah  membuat
                    jalinan sarang yang mengandungi racun di pintu masuk ke gua. Setiap kumpulan perlu
                    membantu antara satu sama lain untuk melepasi jaringan sarang tanpa menyentuhnya.
                 4.   Seluruh  ahli kumpulan perlu  melepasi  halangan jaringan sarang labah-labah itu.
                    Ini kerana setiap  ahli kumpulan, memiliki cebisan  peta  yang  diperlukan  untuk
                    menjadikannya suatu peta yang lengkap. Cebisan peta tidak boleh diberikan kepada
                    ahli kumpulan lain.



                94                                                                  1.8.1, 2.8.1, 5.1.3, 5.2.3, 5.3.3
   97   98   99   100   101   102   103   104   105   106   107