Page 104 - Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK) Tingkatan 1
P. 104

01 Spider-Web
                              01

                 1.  Matlamat aktiviti  ini  adalah untuk melepaskan
                      semua ahli kumpulan dari poin A ke poin B tanpa
                      menyentuh  tali atau halangan dalam jangka  waktu
                      yang ditetapkan.
                 2.  Semua  ahli kumpulan perlu  melalui  halangan
                      berbentuk sarang labah-labah.
                 3.  Sekiranya  salah seorang  ahli kumpulan tersentuh
                      sarang labah-labah, seluruh  anggota kumpulan
                      itu  perlu kembali ke poin A untuk memulakannya
                      semula.
                 4.  Lubang pada sarang labah-labah yang telah dilalui perlu ditandakan dan tidak
                      boleh digunakan semula.
                 5.  Strategi perlu dirancang dan dilaksanakan dengan teliti.


                 Alatan
                 1.  Jalinan tali berbentuk sarang labah-labah.
                 2.  Sepasang tiang untuk memasang sarang labah-labah.
                 3.  Kad penanda.



          Rekreasi & Kesenggangan
                  01 Alligator Swamp
                               01
         6
                 1.  Matlamat aktiviti  ini adalah untuk membolehkan
                     semua ahli pasukan menyeberang dari poin A ke poin                                 A
                     B tanpa menyentuh paya yang mengandungi buaya.
                 2.  Pemain  hanya  boleh  melalui  zon  paya  dengan
                     menggunakan dua  keping  papan  sebagai  jambatan.
                     Jika  pemain  terjatuh  dari jambatan dan masuk ke
                     dalam paya seluruh anggota kumpulan perlu kembali
                     ke poin A untuk memulakannya semula.                                     B
                 3.  Setiap pasukan perlu tampil dengan strategi tentang
                     cara untuk membawa semua  ahli pasukannya
                     menyeberang ke poin B dengan selamat.                              Tip Selamat

                                                                                     1.  Pakai pakaian
                 Alatan                                                                 yang sesuai.
                 1.  Dua keping papan sebagai jambatan.                              2.  Lakukan
                 2.  Empat buah kon.                                                    aktiviti dengan
                                                                                        pengawasan guru.
                 3.  Tali.
                                                                                     3.  Pastikan kawasan
                                                                                        aktiviti selamat.
                                                                                     4.  Buat pemeriksaan
                                                                                        alatan.
                96
   99   100   101   102   103   104   105   106   107   108   109