Page 105 - Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK) Tingkatan 1
P. 105
01 Giant Finger
01
1. Matlamat aktiviti ini adalah untuk mengeluarkan cincin gergasi Tiang A Tiang B
dari tiang A dan seterusnya menyarungkan cincin gergasi
tersebut ke tiang B yang berketinggian 8 hingga 10 kaki.
2. Tiang berketinggian 8 hingga 10 kaki ini dikenali sebagai Jari
Gergasi (Giant Finger).
3. Keupayaan mengalihkan cincin gergasi dari tiang A ke tiang B
memerlukan kerjasama, kepantasan dan kreativiti kumpulan.
4. Perancangan yang betul dan penumpuan yang teliti perlu
dilaksanakan untuk memastikan kejayaan.
5. Aspek keselamatan perlu diutamakan.
Alatan
Rekreasi & Kesenggangan
1. Dua batang tiang berukuran 8 hingga 10 kaki untuk satu pasukan.
2. Satu tiub tayar untuk satu pasukan.
3. Topi keselamatan.
Kepentingan rekreasi dan kesenggangan
1. Pembentukan personaliti 6
• Menggalakkan perkembangan nilai-nilai hidup yang positif dalam diri murid.
2. Kepimpinan
• Melatih rasa tanggungjawab dan prihatin terhadap keselamatan orang lain.
3. Dinamika kumpulan
• Memelihara dan memupuk persefahaman, semangat kerjasama,
mewujudkan suasana mesra dan mengeratkan hubungan mesra antara
satu sama lain.
4. Meningkatkan kecergasan
• Aktiviti bercorak fizikal dan mental adalah bertujuan supaya murid dapat
menilai kepentingan kecergasan terhadap nilai hidup sambil berseronok.
5. Sosialisasi
• Memberi peluang kepada murid untuk mengenali rakan-rakan yang turut
serta dalam aktiviti berkenaan serta dapat pengalaman baharu dan
berkongsi pendapat dengan orang lain yang mempunyai minat yang sama.
6. Pembangunan insan
• Dapat melahirkan insan yang bersedia untuk berhadapan dengan risiko
dalam kehidupan peribadi dan kerjaya melalui pembinaan emosi yang baik.
1.8.1, 2.8.1, 5.1.2, 5.2.1, 5.3.1 97

