Page 106 - Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK) Tingkatan 1
P. 106

Aktiviti Sesi Petang

                 Pada sesi petang, murid-murid bermain permainan frisbee dan sepak raga ratus.
                 Permainan ini boleh dimainkan di dalam dewan (indoor) ataupun di luar dewan
                 (outdoor). Permainan ini boleh dimainkan bersama-sama murid lelaki dan murid
                 perempuan kerana permainan ini adalah ‘‘non-contact sport’’.





                                                         Aktiviti
                                                           Sesi
                                                          Petang





                  01 Frisbee   01

                 Pada peringkat permulaan, frisbee dimainkan hanya dengan menggunakan piring
                 pai yang kosong oleh para pelajar kolej di New England. Nama frisbee berasal dari
                 kilang roti yang membekalkan pai iaitu The Frisbee Company yang ditubuhkan
                 pada tahun 1871 oleh William Russell Frisbee. Seterusnya pada tahun 1948, Walter
                 Frederick Morrison dan Warren  Franscioni mencipta  cakera  frisbee dengan
                 menggunakan bahan  plastik. Cakera  frisbee  ciptaan  mereka berupaya terbang
                 lebih jauh dan tepat berbanding frisbee asal.
          Rekreasi & Kesenggangan
                 Teknik Melempar Cakera dalam Permainan Frisbee
         6
                 1.  Lemparan Hadapan (Forehand)

                      •  Genggam cakera di antara ibu jari dan jari telunjuk.
                        Ibu jari berada di bahagian luar cakera manakala
                        jari telunjuk  dan jari tengah  berada di bahagian
                        dalam cakera.
                      •  Berdiri tegak dengan kaki dibuka seluas bahu.
                      •  Cakera dipegang pada paras bahu.
                      •  Tarik  tangan  yang  memegang  cakera  ke  belakang
                        dan kaki bertentangan melangkah ke hadapan.
                      •  Ikut lajak semasa melempar cakera.


                          Tip Selamat

                       1.  Berhati-hati ketika melempar cakera kepada rakan.
                       2.  Semasa menangkap cakera mata hendaklah
                          memandang tepat ke arah cakera.
                       3.  Serap daya semasa menangkap cakera tersebut.




                98                                                                1.8.2, 2.8.2, 5.1.2, 5.2.1, 5.4.1
   101   102   103   104   105   106   107   108   109   110   111