Page 107 - Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK) Tingkatan 1
P. 107
2. Lemparan Kilas (Backhand)
• Genggam cakera dengan jari telunjuk berada di sisi
dalam dan ibu jari berada di atas cakera manakala
jari yang lain berada di bahagian dalam cakera.
• Kaki dibuka seluas bahu.
• Kilas bahagian badan dengan bahu yang memegang
cakera menghadap ke arah sasaran.
• Ayun tangan ke arah sasaran sambil kaki melangkah
ke hadapan (kaki kanan tangan kanan melangkah
ke hadapan) semasa melempar cakera.
• Sentap pergelangan tangan semasa melepaskan
cakera pada sasaran untuk menghasilkan lebih
banyak daya putaran. Lakukan seperti aksi
menyentap tuala.
Teknik Menangkap Cakera Rekreasi & Kesenggangan
Terdapat dua teknik cakera iaitu dengan menggunakan sebelah tangan atau
kedua-dua belah tangan. Koordinasi mata dan lengan adalah penting. Mata perlu
memandang ke arah cakera semasa menangkap. Pastikan tangan diekstensi ketika
menangkap cakera. Serap daya dengan lengan difleksi rapat ke dada bersama 6
dengan cakera.
1. Menangkap Cakera pada Paras Pinggang Fleksi tangan
Boleh ditangkap dari arah hadapan atau sisi, bersedia untuk
dengan kedua-dua belah tangan atau sebelah menangkap.
tangan ketika cakera berada di paras pinggang.
A B
Arah hadapan Arah sisi
99

