Page 108 - Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK) Tingkatan 1
P. 108
2. Menangkap Cakera pada Paras Atas Kepala
Boleh ditangkap menggunakan satu tangan
dengan melompat untuk mencapai cakera. Imbas Saya
Ultimate
Frisbee
Dengan menggunakan cakera
frisbee, cipta satu permainan
berkumpulan menggunakan
gelanggang atau padang.
Terangkan kepada rakan anda
cara-cara, peraturan dan
undang-undang asas permainan.
Aktiviti
Piring Terbang
Pengelolaan Kelas
Rekreasi & Kesenggangan
Bahagikan murid kepada dua kumpulan kecil yang terdiri daripada murid-murid lelaki
6
dan perempuan.
Cara permainan
Dalam permainan ini, murid akan cuba melempar cakera ke arah pintu gol untuk
mendapatkan 2 mata dari luar kawasan separa bulatan atau 1 markah dari dalam
kawasan separa bulatan.
Peraturan
Pastikan murid-murid memahami peraturan-peraturan di bawah sebelum memulakan
permainan.
1. Murid tidak boleh berlari atau berjalan sambil membawa cakera.
2. Gunakan kemahiran yang telah dipelajari untuk melempar atau menangkap
cakera.
3. Sekiranya murid tidak melempar atau melempar cakera kepada rakan dalam masa
5 saat, pihak lawan akan mendapat giliran.
4. Tiada penjaga gol. Murid tidak dibenarkan berdiri di antara kon dalam kawasan
separa bulatan.
5. Permainan ini adalah “non-contact sport”, oleh yang demikian tiada sentuhan
pemain dibenarkan semasa permainan. Sekiranya berlaku kekasaran, lemparan
percuma diberikan.
100 1.8.2, 2.8.2, 5.3.3

