Page 109 - Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK) Tingkatan 1
P. 109

01 Sepak Raga Ratus
                                01
                  Permainan  sepak  raga  wujud  sejak  600  tahun  lalu.  Pada  zaman  Kesultanan
                  Melayu  Melaka, selain  dimainkan  oleh  golongan bangsawan, rakyat jelata  juga
                  menggemari permainan ini.
                       Sepak raga  ratus merupakan  sejenis permainan  laman.  Pemain  perlu
                  melakukan hantaran kepada pemain lain tanpa terjatuh. Permainan dilaksanakan
                  dengan  cara menimbang bola menggunakan anggota  badan seperti  kaki,  paha,
                  lutut  dan kepala. Pasukan yang berjaya menimbang bola dengan  kiraan  paling
                  banyak dikira sebagai pemenang.




                                                                                     Bola sepak raga
                                                                                     diperbuat daripada
                                                                                     bilah-bilah rotan
                                                                                                                Rekreasi & Kesenggangan
                                                                                     yang dianyam bulat.




                      Bulatan 6 m                                                    Bulatan 2 m

                  Cara Permainan

                  1.  Murid boleh menggunakan semua anggota badan kecuali tangan atau lengan
                       semasa menerima atau menghantar bola.                                                    6
                  2.  Permainan dimulakan dengan salah seorang murid melambung bola kepada
                       rakan melintasi kawasan bulatan 2 m.
                  3.  Rakannya  mestilah menimbang dan menghantar bola kepada rakan  lain
                       kecuali murid yang melambungkan bola tadi.
                  4.  Setiap  murid hanya dibenarkan  menimbang bola tidak melebihi  daripada
                       tiga sentuhan  berturut-turut  dan pada sentuhan ke tiga bola tersebut
                       hendaklah dihantar kepada rakan yang lain.
                  5.  Hantaran bola mestilah melintasi bulatan 2 meter.
                  6.  Murid-murid dalam pasukan mestilah bergilir-gilir menimbang bola itu dan
                       mengawalnya supaya tidak jatuh.
                  7.  Jika bola terjatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.


                  Cara Lakuan Menimbang Bola
                  1.  Mata berfokus pada bola.
                  2.  Kawal bola dengan menggunakan bahagian dalam kaki.
                  3.  Kaki yang menyokong difleksikan sedikit.
                  4.  Pastikan bola berada di tengah dan hampir dengan
                       badan semasa menimbang bola.
                  5.  Kedua-dua tangan dibuka untuk mengimbangkan badan.

                  1.8.3, 2.8.3, 5.2.1
                                                                                                       101
   104   105   106   107   108   109   110   111   112   113   114