Page 111 - Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK) Tingkatan 1
P. 111

LATIHAN PENGUKUHAN



                  1.  Bagaimanakah  aktiviti  low  element course (kemahiran  tali aras rendah)
                      seperti spider-web, alligator swamp dan giant finger dapat meningkatkan
                      kerjasama berkumpulan dan tahap keyakinan diri seseorang?
                  2.  Apakah aspek  keselamatan  yang perlu  diambil kira  semasa  bermain
                      permainan frisbee?

                  3.  Dengan  menggunakan permainan sepak  raga ratus, rancangkan  satu
                      pertandingan  kalah mati  yang  melibatkan beberapa  kumpulan  dalam
                      kalangan rakan anda. Pasukan yang dibentuk perlulah melibatkan kedua-
                      dua jantina dan pelbagai kaum. Ayuh mainkannya!

                  4.  Sukan rekreasi mampu membina nilai-nilai murni dalam kalangan rakyat
                      Malaysia. Bincangkan bersama-sama rakan anda.

                  5.  Secara berkumpulan, anda diminta merancang satu program rekreasi yang
                      melibatkan tiga aktiviti kemahiran tali aras rendah (low element course)
                      di  padang  sekolah. Semasa merancang program, ciri-ciri keselamatan,                     Rekreasi & Kesenggangan
                      kerjasama dalam kumpulan, perpaduan antara kaum dan kepimpinan perlu
                      diterapkan. Bentangkan hasil kerja anda di hadapan kelas.

                  6.  Namakan dan nomborkan kedudukan pemain dan pemain gantian di dalam
                      gelanggang sepak raga ratus.                                                              6




































 1.8.3, 2.8.3
                                                                                                       103
   106   107   108   109   110   111   112   113   114   115   116