Page 100 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 100
Pelajar mengikuti kuliah subtopik cecair
Pelajar diagihkan kepada beberapa
kumpulan kecil. Setiap kumpulan
diberikan satu tugasan
Pelajar membuat persediaan dengan
membuat rujukan daripada pelbagai
sumber
Pembentangan kumpulan oleh pelajar
dalam kelas tutorial
Rajah 2: Carta alir pelaksanaan pembelajaran flip bagi subtopik cecair
DAPATAN KAJIAN
Keberkesanan strategi pembelajaran flip dalam mengajar subtopik cecair dinilai melalui
beberapa kaedah iaitu pemerhatian, penilaian semasa persembahan dan ujian formatif.
a) Penilaian terhadap respons pelajar
Penilaian terhadap respons pelajar dilaksanakan melalui tiga kaedah iaitu pemerhatian terhadap
tingkah laku pelajar semasa menyiapkan tugasan dan pembentangan, penilaian semasa sesi
pembentangan pelajar, temu bual ringkas dan ujian formatif. Berdasarkan pemerhatian yang
dijalankan semasa pelajar melaksanakan tugasan, pensyarah mendapati setiap kumpulan
bersungguh-sungguh dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan. Mereka membuat
persiapan awal seperti menyediakan perancangan kerja, berbincang bersama ahli kumpulan dan
pensyarah sebelum sesi pembentangan, membuat rujukan melalui pelbagai sumber dan
mencuba untuk mempersembahkan idea mereka secara kreatif. Ini dapat dilihat melalui kaedah
persembahan pelajar, terdapat kumpulan yang membuat demonstrasi seperti demonstrasi
tegangan permukaan, membuat video menerangkan proses kondensasi dan membuat uji kaji
ringkas membandingkan kelikatan antara larutan berbeza. Gambar 1 dan Gambar 2 merupakan
contoh pembentangan pelajar semasa sesi pembentangan.
91

