Page 101 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 101
Gambar 1 dan 2 menunjukkan aktiviti pelajar semasa membuat demonstrasi tegangan
permukaan dan kelikatan diterangkan
b) Ujian formatif
Bagi menilai tahap kefahaman konseptual pelajar terhadap subtopik cecair, ujian formatif
ditadbir kepada pelajar. Ujian ditadbir secara atas talian menggunakan aplikasi Quizizz.com.
Soalan diambil daripada koleksi soalan peperiksaan lepas. Terdapat 15 soalan yang menguji
tahap kefahaman pelajar dalam konsep kelikatan, tegangan permukaan, kondensasi dan
penyerapan. Dapatan ujian formatif adalah seperti Jadual 1. Ujian yang ditadbir mendapati
kesemua pelajar berjaya mendapat skor melebihi 70%.
Jadual 1
Analisis dapatan Ujian Formatif
Julat markah Bilangan pelajar Interpretasi skor
80-100 16 (80%) Cemerlang
79-60 4 (20%) Baik
≤59 0 (0%) Lemah
c) Penilaian terhadap pembentangan pelajar
Penyelidik telah menetapkan empat atribut utama untuk dinilai semasa pembentangan oleh
pelajar iaitu kandungan (50%), persembahan/kreativiti (20%), kemahiran komunikasi (20%)
dan nilai murni (10%). Penyelidik mendapati kesemua kumpulan berjaya mempersembahkan
tugasan mereka dengan baik dari aspek kandungan pengajaran (menerangkan secara saintifik
dan membuat hubung kait antara pemboleh ubah terlibat), menggunakan pelbagai cara untuk
mempersembahkan tugasan mereka seperti membuat demonstrasi, membuat video dan model.
Analisis terhadap respons pelajar semasa pembentangan adalah seperti Jadual 2.
92

