Page 102 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 102

Jadual 2
               Analisis terhadap respons pelajar semasa pembentangan

                 Tugasan         Kedah                          Catatan                        Skor
                              persembahan                                                   keseluruhan
                 Kelikatan    Demonstrasi   Pelajar membandingkan kelikatan antara madu, minyak   90%
                             dan eksperimen  masak dan minyak enjin.
                                 ringkas
                                            Pelajar cuba mengawal pemboleh ubah dengan
                                            membandingkan kesan suhu terhadap kelikatan madu
                                            (kreatif kerana di luar sukatan pelajaran).

                 Tegangan     Demonstrasi   Pelajar menunjukkan demonstrasi tegangan permukaan   88%
                permukaan    dan eksperimen  menggunakan titisan minyak.
                                 ringkas
                                            Pelajar telah mengaitkan pengetahuan lepas iaitu amali
                                            yang dijalankan semasa di Tingkatan 4 dengan situasi
                                            semasa.

                                            Pelajar menunjukkan kesan surfactant terhadap tegangan
                                            permukaan  (pengetahuan  baharu  yang  dikongsikan
                                            bersama).
                Kondensasi    Demonstrasi   Pelajar menyediakan video pendek menerangkan kesan   91%
                              dan tayangan   kondensasi yang berkaitan dengan kehidupan seharian.
                                 video
                                            Interaksi dua hala antara pembentang dan rakan-rakan
                                            mereka.

                                            Persembahan yang kreatif dan mudah difahami.
                Penyerapan    Demonstrasi   Pelajar  menunjukkan  demonstrasi  proses  serapan   87%
                                            menggunakan cecair berwarna.
                                            Pelajar membandingkan serapan dalam larutan berbeza.



                       Dapatan daripada ketiga-tiga kaedah penilaian yang dijalankan mendapati pelajar dapat
               menerangkan konsep kelikatan, tegangan permukaan, kondensasi dan penyerapan dengan baik.
               Pembelajaran  flip  telah  membantu  pelajar  membina  kefahaman  konseptual  melalui
               pembelajaran inkuiri untuk membina pengalaman baharu (Costa & Kallick, 2008; Marzano &
               Kandall, 2007; Taber, 2012; Tishman, 2000). Selain itu, pembelajaran flip juga telah membantu
               guru  membina  keyakinan  diri  pelajar,  membina  kemahiran  berkomunikasi  dan  kemahiran
               mencari maklumat. Kemahiran-kemahiran ini sangat penting untuk dikuasai oleh pelajar dalam
               usaha membina tabiat minda positif (Costa dan Kallick, 2008).

                                                     KESIMPULAN

                       Pembelajaran flip merupakan salah satu strategi pengajaran yang selari dengan strategi
               pembelajaran abad ke-21 yang menekankan kepada elemen pemikiran kritis, kreatif, kolaborasi
               dan  komunikasi.  Pembelajaran  flip  boleh  dijadikan  sebagai  alternatif  kepada  strategi
               pengajaran tradisional sedia ada. Penyelidik mendapati pelaksanaan aktiviti seperti ini telah
               berjaya mencungkil bakat pelajar. Ini dapat dilihat apabila terdapat pelajar yang kebiasaannya
               agak pasif semasa sesi pembelajaran biasa berjaya menunjukkan kebolehan mereka. Ini secara
               tidak  langsung  membantu  penyelidik  mengenali  pelajar  dengan  lebih  dekat.  Strategi
               pembelajaran flip juga dilihat telah membantu pelajar menghubung kait pengetahuan sedia ada


                                                            93
   97   98   99   100   101   102   103   104   105   106   107