Page 96 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 96

Pembelajaran Flip: Alternatif Pengajaran Subtopik Cecair

                                                Marziah binti Mohamad
                                                 Kolej Matrikulasi Melaka
                                               Marziah@kmm.matrik.edu.my

                                                         Abstrak

               Pembelajaran  kimia  memerlukan  murid  mengintegrasikan  pemikiran  mikroskopik,
               makroskopik dan simbolik untuk membina kefahaman konseptual terhadap konsep kimia yang
               dipelajari.  Pembinaan  kefahaman  konseptual  dalam  subtopik  cecair  perlu  disokong  oleh
               pengalaman pelajar. Pembelajaran flip merupakan satu strategi pengajaran abad ke-21 yang
               mengadunkan elemen-elemen pembelajaran abad ke-21 iaitu menjana pemikiran kritis dan
               kreatif,  menggalakkan  kolaborasi  antara  ahli  kumpulan  dan  meningkatkan  kemahiran
               komunikasi.  Kajian  tindakan  ini  dijalankan  bertujuan  untuk  membantu  pelajar  membina
               kefahaman konseptual terhadap subtopik cecair melalui. Pembelajaran flip yang dijalankan
               telah membantu pelajar membina kefahaman konseptual terhadap fenomena seperti kelikatan,
               tegangan permukaan dan kondensasi. Pembelajaran flip juga telah membantu menarik minat
               pelajar mempelajari kimia dan secara tidak langsung telah membantu pensyarah mencungkil
               bakat  serta  kebolehan  pelajar.  Pelaksanaan  pembelajaran  flip  juga  selari  dengan  hasrat
               Program  Matrikulasi  untuk  memperkasakan  PAK  21  seiring  dengan  revolusi  industri  4.0
               dalam pendidikan.
               Kata kunci: Pembelajaran flip, Kelikatan, Tegangan permukaan, Cecair, Kondensasi.

                                                    PENGENALAN

                       Mulai sesi 2018/2019, kesemua kolej matrikulasi di Malaysia telah mula melaksanakan
               pembelajaran berasaskan hasil pembelajaran (Outcome Based Learning). Bagi subjek kimia,
               tiga  objektif  pembelajaran  kursus  (course  learning  outcome)  telah  dibentuk.  Objektif
               pembelajaran kursus pertama (CLO1) bagi subjek kimia adalah - Menerangkan konsep dan
               prinsip  kimia  fizikal  dengan  baik  dan  berupaya  mengaitkan  dengan  kehidupan  seharian
               (Bahagian Matrikulasi,  2017). Persoalannya bagaimana pensyarah dapat melaksanakan dan
               mengukur  tahap  pencapaian  CLO1  pelajar?  Para  pensyarah  diberikan  kebebasan  untuk
               menyampaikan  objektif  pengajaran  berdasarkan  sukatan  pelajaran  baharu  yang  dibekalkan
               mengikut kreativiti mereka. Strategi pengajaran yang mengadunkan pelbagai kemahiran seperti
               kemahiran  penyelesaian  masalah,  kemahiran  berfikir  kritis  dan  kreatif,  kemahiran
               berkomunikasi dan berkolaborasi dalam kumpulan dilihat sesuai dilaksanakan untuk mencapai
               CLO1.  Ini  secara  tidak  langsung  dapat  memperkasakan  pembelajaran  abad  ke-21  dan
               mengintegrasikan STEM dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
                       Taber (2012), telah mengenal pasti sepuluh domain pengetahuan dalam kimia. Salah
               satu domain adalah memahami isu kontekstual. “States of Matter” merupakan topik kelima
               bagi  semester  satu  berdasarkan  Huraian  Sukatan  Pelajaran  Kimia  Matrikulasi  SK  015
               (Bahagian Matrikulasi, 2017). Topik ini menjurus kepada perbincangan isu kontekstual dalam
               kimia seperti konsep tekanan gas, cecair dan pepejal (Brown et al, 2012; McMurry & Fay,
               2001; Taber, 2012). Topik ini dibahagikan kepada 4 subtopik iaitu gas, pepejal, cecair dan
               gambar rajah fasa. Bagi subtopik cecair, objektif pengajaran yang ditetapkan adalah seperti
               berikut:





                                                            87
   91   92   93   94   95   96   97   98   99   100   101