Page 98 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 98
Kebanyakan pelajar tidak dapat memberikan jawapan berserta penaakulan saintifik dengan
tepat. Jika diteliti, persoalan-persoalan yang dikemukakan di atas melibatkan pengalaman dan
bagaimana pelajar dapat menerangkan sesuatu fenomena berdasarkan penaakulan saintifik
serta keupayaan menghubung kait pengalaman lepas dalam situasi baharu. Persoalannya,
mengapa pelajar tidak dapat menjawab soalan yang dikemukakan? Adakah mereka tidak
mempunyai pengalaman berhadapan dengan situasi seperti kelikatan, tegangan permukaan dan
kondensasi? Atau strategi pengajaran sedia ada tidak mampu mencetuskan keinginan meneroka
serta membantu pelajar membina kefahaman konseptual terhadap konsep-konsep yang
dipelajari.
Berdasarkan refleksi yang dikemukakan, penyelidik telah mencuba strategi
pembelajaran flip semasa mengajar subtopik cecair pada sesi ini. Strategi tersebut melibatkan
gabungan pengalaman sedia ada dan pengetahuan dalam membina kefahaman konseptual
terhadap subtopik cecair. Costa dan Kallick, (2008) serta Marzano dan Kendall, (2007)
sependapat menyatakan pengalaman pembelajaran mampu memberikan impak yang besar
terhadap pembinaan kefahaman konseptual pelajar. Secara tidak langsung strategi
pembelajaran flip dapat membantu pelajar membina tabiat minda dan metakognitif pelajar
(Cutright et al., 2012; Halpern, 1998; Tarricone, 2011).
Strategi pembelajaran flip diharapkan dapat memberikan impak positif terhadap
pengajaran dan pembelajaran sekali gus membudayakan kemahiran berfikir kritis dan kreatif,
mewujudkan kolaborasi berkumpulan serta memupuk nilai murni dalam kalangan pelajar.
Gabungan strategi pengajaran subtopik cecair yang dilaksanakan digambarkan seperti kerangka
konseptual kajian yang digambarkan seperti Rajah 1. Rajah 1 merupakan kerangka konseptual
kajian yang menggambarkan gabungan strategi pengajaran subtopik cecair yang dilaksanakan.
Pengalaman sedia ada Pengetahuan baharu
Kefahaman konseptual
terhadap subtopik cecair
Rajah 1: Kerangka konseptual kajian
OBJEKTIF KAJIAN
Umumnya, kajian tindakan ini dilaksanakan bertujuan memperbaiki amalan
pengajaran penyelidik dalam mengajar subtopik cecair dengan memperkenalkan kaedah
alternatif iaitu pembelajaran flip. Fokus utama kajian tindakan ini dilaksanakan adalah untuk
membantu pelajar membina kefahaman konseptual terhadap subtopik cecair melalui kaedah
pembelajaran yang berpusatkan pelajar. Oleh yang demikian, objektif kajian ini dilaksanakan
adalah untuk:
89

