Page 105 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 105

Penggubalan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
                                               Mata Pelajaran Sains:
                                        Pengalaman Penggubal Kurikulum

                                              1
                           Zainon Abd Majid , Nuraini Abu Bakar , Kamarul Azlan Ahmad ,
                                                                   2
                                                                                             3
                                                                            4
                                             Kumutha a/p Krishnamoorthy
                                                 Sektor Sains & Matematik,
                                             Bahagian Pembangunan Kurikulum
                                                           2
                                 1 zainon.majid@moe.gov.my,  nuraini.abubakar@moe.gov.my,
                                                                4
                                    3 kamarul.ahmad@moe.gov.my,  kumutha@moe.gov.my


                                                         Abstrak

               Pendidikan sains di Malaysia bertujuan menghasilkan murid yang boleh menguasai ilmu sains
               dan  berketrampilan  teknologi,  telah  ditekankan  sejak  pelaksanaan  Kurikulum  Bersepadu
               Sekolah Rendah (KBSR). Dalam proses transformasi kurikulum, penandaarasan telah dibuat
               dengan  kurikulum  persekolahan  negara  maju  bagi  memastikan  kurikulum  persekolahan
               kebangsaan yang dibangunkan setanding dengan pendidikan negara maju. Transformasi ini
               telah melahirkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang masih berpegang kepada
               Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan prinsip dalam KBSR. Pembangunan KSSR sains sekolah
               rendah yang dibuat secara menyeluruh dari aspek reka bentuk, kerangka konsep, matlamat,
               objektif, organisasi kandungan, peruntukan masa, pedagogi serta pentaksiran telah bermula
               sejak  tahun  2011.  Kertas  ini  seterusnya  mengupas  secara  terperinci  proses  yang  terlibat
               semasa  penggubalan  kurikulum  KSSR  Sains  terutamanya  dari  sudut  konsep  dan  prinsip
               penulisan berdasarkan pengalaman penggubal kurikulum itu sendiri.

               Kata  Kunci: KSSR,  kurikulum  sains  sekolah  rendah,  penandaarasan,  big  idea,  standard
                              pembelajaran

                                                    PENGENALAN

                      Kurikulum  Sains  di  Malaysia  yang  bermula  dari  sebelum  merdeka  telah  melalui
               beberapa  perubahan  bagi  disesuaikan  dengan  perkembangan  dalam  dunia  pendidikan  yang
               berlaku di dalam dan luar negara sehinggalah kepada kurikulum terkini  yang diguna pakai
               dalam sistem persekolahan Malaysia sekarang.
                       Falsafah Pendidikan Sains Kebangsaan (FPSK) menyatakan “Selaras dengan Falsafah
               Pendidikan Kebangsaan, pendidikan sains di Malaysia bertujuan memupuk budaya Sains dan
               Teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetitif, dinamik,
               tangkas  dan  berdaya  tahan  serta  dapat  menguasai  ilmu  sains  dan  ketrampilan  teknologi”.
               Berdasarkan  falsafah  yang  dinyatakan  ini,  pembangunan  Kurikulum  Sains  di  Malaysia
               memberi fokus kepada usaha merealisasikan hasrat FPSK dalam menghasilkan murid yang
               dapat  menguasai  ilmu  sains  dan  teknologi.  Penandaarasan  yang  dibuat  oleh  Kementerian
               Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kurikulum negara-negara maju serta penandaarasan yang
               dibuat oleh pihak ketiga juga turut diambil kira dalam pembangunan kurikulum sains negara
               kita. Transformasi yang dibuat dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) adalah
               untuk memenuhi aspirasi negara seperti yang termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
               Malaysia (PPPM 2013  -  2025). Sehubungan dengan itu, penulisan ini berfokuskan kepada
               proses pembangunan kurikulum Sains Sekolah Rendah bagi KSSR yang bermula pada 2011
               mengikut pengalaman sebenar pengubal kurikulum.



                                                            96
   100   101   102   103   104   105   106   107   108   109   110