Page 99 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 99

a.  Memastikan  bahawa  pelajar  dapat  menerangkan  konsep  tegangan  permukaan,  kelikatan,
               penyerapan dan kondensasi secara saintifik.

               b. Meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran komunikasi pelajar.

                                               PELAKSANAAN KAJIAN

                       Kajian  ini  merupakan  kajian  tindakan.  Kajian  tindakan  dipilih  kerana  penyelidik
               berhasrat untuk menambah baik amalan pedagogi sedia ada. Kajian tindakan ini dijalankan
               terhadap  20  orang  pelajar  dari  praktikum  S11P10  Program  Matrikulasi  Satu  Tahun  sesi
               2017/2018.  Pemilihan  sampel  kajian  dipilih  secara  persampelan  bertujuan  kerana  kelas  ini
               merupakan kelas yang diajar oleh penyelidik. Oleh yang demikian, dapatan kajian ini terbatas
               kepada pelajar kelas tersebut sahaja. Walau bagaimanapun, kajian ini boleh diadaptasi terhadap
               pelajar matrikulasi atau yang setaraf dengannya.
                       Kajian ini dijalankan semasa pelajar mempelajari topik Sifat Bahan (States of Matter).
               Kebiasaannya, pelajar akan mengikuti kuliah yang membincangkan topik Sifat Bahan terlebih
               dahulu sebelum mengikuti sesi tutorial bagi topik berkenaan pada minggu berikutnya. Semasa
               sesi tutorial, pelajar akan diberikan beberapa soalan berkaitan States of Matter. Amalan sedia
               ada, guru akan membincangkan jawapan bersama-sama pelajar dan menulis jawapan di papan
               putih untuk disalin oleh pelajar. Perbincangan lebih tertumpu kepada soalan tutorial dan pelajar
               melontarkan idea serta jawapan berpandukan nota kuliah yang mereka ada. Amalan sedia ada
               ini lebih berpusatkan guru dan lama kelamaan akan menghasilkan pelajar yang pasif dan tidak
               kritis serta kreatif.
                       Pembelajaran flip merupakan salah satu strategi pengajaran yang telah menterbalikkan
               strategi pengajaran sedia ada. Selepas mengikuti kuliah States of Matter seperti biasa pelajar
               akan diagihkan kepada kumpulan-kumpulan kecil dengan satu tugasan. Mereka dikehendaki
               membuat rujukan dan mempersembahkan tugasan mereka mengikut kreativiti sendiri. Tugasan
               yang  diberikan  adalah  berkaitan  sifat-sifat  cecair  seperti  kelikatan,  tegangan  permukaan,
               penyerapan dan kondensasi. Pelajar diberikan masa dua minggu untuk menyiapkan tugasan
               mereka.  Selepas  menyiapkan  tugasan,  pelajar  akan  membentangkan  hasil  mereka  kepada
               rakan-rakan.  Pelajar  diberikan  kebebasan  untuk  menerangkan  topik  yang  diberikan  kepada
               mereka. Carta alir pelaksanaan kajian adalah seperti Rajah 2.

































                                                            90
   94   95   96   97   98   99   100   101   102   103   104