Page 109 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 109

konkrit ke abstrak, mudah ke sukar, dekat ke jauh, kebolehan membuat perkaitan, keboleh
               laksanaan, penyusunan  kandungan pembelajaran secara  spiral (pengalaman  yang sedia ada
               kepada  pengalaman  baru)  dan  penyusunan  kandungan  daripada  umum  kepada  spesifik
               (deduktif).
                       Panel penggubal telah mengambil kira aspek pendekatan konkrit ke abstrak, mudah ke
               sukar,  penyusunan  kandungan  pembelajaran  secara  spiral  dan  dijadikan  panduan  dalam
               menyusun kandungan kurikulum, Jadual 1 menunjukkan contoh hasil penggubalan kandungan
               kurikulum berdasarkan prinsip tersebut.

               Jadual 1
               Contoh hasil penggubalan kandungan Kurikulum Sains Sekolah Rendah

                                       Tahun 2                                   Tahun 5

                      Litar elektrik                            Litar bersiri dan litar selari
                          Mengenal  pasti  komponen  dalam  litar      Mengenal  pasti  susunan  mentol  secara
                           elektrik iaitu sel kering, mentol dan suis.     bersiri dan selari dalam litar elektrik lengkap
                          Menerangkan  fungsi komponen dalam litar   melalui  pemerhatian  menerusi  pelbagai
                           elektrik lengkap.                         media.
                          Membina  litar  elektrik  lengkap  dengan      Mengeksperimen   untuk   membezakan
                           menggunakan  sel  kering,  mentol,  suis  dan   kecerahan  mentol  dalam  litar  lengkap  dgn
                           wayar penyambung.                         mengubah bilangan mentol.
                          Meramal sebab mentol tidak menyala dalam      Mengeksperimen untuk membeza kecerahan
                           litar yang dibina.                        mentol   dalam   litar   lengkap   dengan
                          Merekod   nyalaan   mentol    dengan      mengubah bilangan sel kering.
                           mengantikan suis dengan objek atau bahan      Membanding dan membeza kecerahan mentol
                           dengan menjalankan penyiasatan.           dalam litar bersiri dan litar selari.
                          Mengitlak  objek  yang  boleh  menyalakan      Menyatakan   keadaan   mentol   apabila
                           mentol  dalam  litar  adalah  konduktor  dan   beberapa  suis  dalam  litar  bersiri  dan  litar
                           yang  tidak  menyalakan  mentol  adalah   selari ditutup atau dibuka.
                           penebat.


                       Contoh  dalam  Jadual  1  diambil  daripada  DSKP  KSSR  (Semakan)  Sains  Sekolah
               Rendah Tahun 2 dan DSKP KSSR (Semakan) Sains  Sekolah Rendah Tahun 5  yang mana
               penulisannya berlandaskan prinsip yang telah dipersetujui. Tajuk litar elektrik disusun secara
               spiral iaitu litar elektrik ini diajar pada Tahun 2 dan Tahun 5. Walaupun masih berkisar kepada
               tajuk yang sama, fokus dan kedalaman kandungannya adalah berbeza sesuai dengan peringkat
               umur murid. Pada Tahun 2 murid mempelajari litar elektrik berdasarkan pemerhatian mereka
               terhadap  perkara  yang  mudah  dan  konkrit  seperti  membina  litar  elektrik  lengkap  dengan
               menggunakan sel kering, mentol, suis dan wayar penyambung.  Manakala padaTahun 5 murid
               mempelajari konsep litar elektrik pada peringkat yang lebih kompleks dan abstrak seperti litar
               bersiri dan litar selari dengan mengambil kira murid telah mempelajari tentang litar elektrik
               asas padaTahun 2 juga murid telah mempunyai pengetahuan asas tentang maksud garis selari
               yang dipelajari dalam KSSR Matematik pada Tahun 4. Murid juga telah mempelajari dan boleh
               melukis litar elektrik dengan menggunakan simbol dalam mata pelajaran Reka Bentuk dan
               Teknologi pada Tahun 4. Pengalaman murid melukis litar elektrik menggunakan simbol sangat
               diperlukan bagi mereka memahami susunan mentol dan suis dalam litar bersiri dan litar selari.
                       Dalam contoh di atas juga, dapat dilihat murid Tahun 2 hanya perlu menguasai KPS
               asas  iaitu  meramal  dan  berkomunikasi  (merekod)  manakala  pada  Tahun  5  murid  perlu
               menguasai  KPS  yang  tertinggi  iaitu  mengeksperimen.  Pada  tahap  ini,  murid  harus
               mengaplikasikan  sekurang-kurangnya  tujuh  KPS  yang  lain  iaitu,  memerhati,  mengukur
               mengguna nombor, membuat inferens, berkomunikasi, mentafsir data, mengawal pemboleh
               ubah  serta  membuat  hipotesis  bagi  membolehkan  mereka  menguasai  kemahiran


                                                           100
   104   105   106   107   108   109   110   111   112   113   114