Page 117 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 117
Jadual 5
Contoh Cadangan aktiviti bagi standard pembelajaran Litar elektrik.
Standard Pembelajaran Catatan
Litar elektrik Cadangan aktiviti:
Mengenal pasti komponen dalam litar elektrik
iaitu sel kering, mentol dan suis. Kebolehan mentol menyala diuji dengan
Menerangkan fungsi komponen dalam litar menggunakan pelbagai objek atau bahan seperti
elektrik lengkap. pensil, paku, pemadam, duit syiling, klip kertas
Membina litar elektrik lengkap dengan dan jus limau. Daripada aktiviti ini, murid
menggunakan sel kering, mentol, suis dan wayar mengitlak konduktor dan penebat.
penyambung.
Meramal sebab mentol tidak menyala dalam litar Nota: Beri peluang kepada murid menggunakan
yang dibina. motor, buzzer dan lain-lain selain dari mentol
Merekod nyalaan mentol dengan mengantikan sekiranya ada.
suis dengan objek atau bahan dengan
menjalankan penyiasatan.
Mengitlak objek yang boleh menyalakan mentol
dalam litar adalah konduktor dan yang tidak
menyalakan mentol adalah penebat.
Berdasarkan contoh sama yang diambil daripada DSKP KSSR (Semakan) Sains Sekolah
Rendah Tahun 2, penulisan kurikulum bagi tajuk Litar Elektrik ini memberi cadangan dan
panduan dengan mengambil kira PCK yang paling sesuai bagaimana guru boleh menjalankan
aktiviti PdP bagi mencapai SP yang dihasratkan dengan berkesan. Selain daripada cadangan
aktiviti yang bersifat setempat, ruangan catatan juga mengandungi nota dan skop sebagai
panduan untuk guru.
PERUNTUKAN MASA
Wajaran peruntukan jumlah jam setahun bagi setiap mata pelajaran memerlukan satu
keputusan yang sangat sukar kerana setiap mata pelajaran mempunyai kepentingan masing-
masing dalam membina sahsiah murid bagi membentuk generasi akan datang. Perbahasan di
peringkat dasar BPK sebelum membuat keputusan jumlah jam yang perlu diperuntukkan untuk
setiap mata pelajaran telah mengambil kira bilangan jam bagi waktu persekolahan setahun dan
bilangan mata pelajaran yang telah diputuskan di peringkat tertinggi KPM serta semua input
yang telah diterima. Peruntukan masa ini adalah berdasarkan pengiraan seperti dalam Jadual 6.
Jadual 6
Contoh pengiraan minggu pembelajaran berdasarkan takwim persekolahan bagi tahun 2019
yang dikeluarkan oleh KPM
Perkara Bil. minggu
Bilangan minggu setahun 52 minggu
Bilangan minggu persekolahan setahun (tidak termasuk cuti penggal) 43 minggu
Bilangan minggu cuti semester 9 minggu
Bilangan minggu peperiksaan dan sambutan hari perayaan dll 11 minggu
Bilangan minggu PdP setahun (yang diambil kira semasa membangunkan 32 minggu
kandungan kurikulum untuk 1 tahun persekolahan)
108

