Page 121 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 121
Penggunaan Formulator Tarsia Bagi Meningkatkan Kemahiran
Pembezaan Logaritma Dalam Kalangan Pelajar Matrikulasi Jurusan
Perakaunan
2
Norazliana Mohmad Kamal , Sheralin Endion , Hamzan Ahmad 3
1
Kolej Matrikulasi Melaka
2
1 norazliana@kmm.matrik.edu.my, sheralin@kmm.matrik.edu.my,
3 hamzan@kmm.matrik.edu.my
Abstrak
Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam pembezaan fungsi
logaritma dengan menggunakan permainan yang dibina menggunakan Formulator Tarsia.
Hasil tinjauan awal mendapati terdapat pelajar yang masih belum menguasai pembezaan
fungsi logaritma iaitu berlaku banyak kesilapan dalam langkah penyelesaian di peringkat
awal. Permainan berasaskan Formulator Tarsia ini dipilih kerana konsep permainan ini
menggalakkan pelajar bekerja dalam kumpulan dan berbincang untuk mencapai keputusan
bersama. Formulator Tarsia memerlukan pelajar melakukan suai padan beberapa segi tiga
sama sisi bersaiz kecil yang mengandungi soalan dan jawapan. Sekiranya padanan tersebut
sempurna, akhirnya pelajar akan dapat membentuk sebuah segi tiga sama sisi yang bersaiz
lebih besar. Subjek kajian melibatkan seramai 11 orang pelajar yang berprestasi rendah.
Instrumen kajian ialah kertas ujian pembezaan fungsi logaritma yang terdiri daripada 18 item
subjektif. Data telah dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan frekuensi dan
peratusan. Dapatan menunjukkan bahawa penggunaan Formulator Tarsia ini telah
menghasilkan keputusan 100% pelajar mencatatkan markah di atas 80% dalam bahagian
langkah penyelesaian awal. Sementara 90.91% pelajar telah mencatatkan markah keseluruhan
melebihi 80% dalam Ujian Pembezaan Fungsi Logaritma.
Kata kunci: Matematik, Formulator Tarsia, pembezaan fungsi logaritma
PENDAHULUAN
Topik berkaitan pengajaran dan pembelajaran konsep matematik yang berkualiti kerap
kali mendominasi isu perbincangan di persekitaran dunia pendidikan matematik (Nur Qomaria,
2017). Pengajaran yang berkualiti amat penting kerana hasilnya akan memotivasikan pelajar
untuk terus belajar dan meneroka dunia ilmu yang dipelajari (Killen, 2006). Salah satu strategi
dalam pengajaran yang telah dikenal pasti mampu memotivasikan pelajar ialah penggunaan
elemen permainan (Piu & Fregola, 2011). Penggunaan unsur permainan dalam pengajaran
bukanlah sesuatu yang asing dalam pendidikan dan kebiasaannya disesuaikan mengikut
peringkat umur dan tahap pembelajaran pelajar. Bagi peringkat matrikulasi, pengkaji melihat
terdapat peluang yang luas untuk mengetengahkan teknik pengajaran yang berorientasikan
permainan bagi membantu meningkatkan pencapaian pelajar. Kajian oleh Any Herawati (2013)
mendapati pemahaman konsep matematik pelajar bagi topik fungsi gubahan dan fungsi
songsang telah berjaya ditingkatkan menerusi aktiviti Game Puzzle. Manakala kajian oleh Nur
Qomaria (2017) menunjukkan penggunaan Formulator Tarsia mampu mewujudkan kolaborasi
yang positif dalam kalangan pelajar kelas matematik beliau.
Kajian oleh Huyen dan Nga (2003) pula yang melibatkan kelas perbendaharaan Bahasa
Inggeris di sebuah pusat bahasa telah menunjukkan bahawa penggunaan teknik permainan telah
membantu usaha meningkatkan perbendaharaan kata dalam kalangan pelajar. Maka pengkaji
112

