Page 122 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 122

berpendapat bahawa penggunaan teknik permainan yang sesuai akan membantu meningkatkan
               pencapaian pelajar dan menyumbang kepada pembentukan sikap bekerjasama yang positif.

               Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

                       Menurut perancangan akademik unit matematik, pada minggu ke-14 semester I sesi
               2017/2018, pengkaji akan membincangkan soalan-soalan tutorial berkaitan pembezaan fungsi
               logaritma. Tajuk logaritma bukanlah asing kepada pelajar kerana mereka telah mempelajarinya
               dalam topik yang lebih awal. Pengkaji mendapati wujud minat yang tinggi dalam kalangan
               pengkaji bidang pendidikan matematik terhadap topik berkaitan logaritma. Antaranya ialah
               kajian oleh Noor Hayati et al. (2014) dan juga kajian yang dilakukan oleh Abdul Ghani et al.
               (2012)  yang  berkaitan  penggunaan  fungsi  songsang  dan  lakaran  graf  logaritma.  Manakala
               kajian  oleh  Noor  Aziah  (2012)  adalah  berkenaan  pencapaian  pelajar  yang  kurang
               memberangsangkan dalam ujian konsep logaritma. Selain itu, kajian oleh Brannen dan Ford
               (2006) yang menumpukan kepada pembezaan fungsi logaritma bentuk  x     x   mendapati banyak
               kekeliruan berlaku dalam kalangan pelajar semasa melaksanakan pembezaan fungsi logaritma
                                    
                                 d x x
               seperti kesilapan           x x x 1   . Bagi fungsi  x x  , pembezaannya tidak boleh dilaksanakan
                                   dx
               secara terus menggunakan petua pembezaan.

               Pengkaji  memulakan  pengajaran  topik  pembezaan  fungsi  logaritma  dengan  membuat
               penegasan berhubung penggunaan petua rantai iaitu:
                                 d               ln  d     g x    dg   x  1
                                            ln         g x            ' g     x
                                dx               dg   x     x     g   x
                       Seterusnya,  berpandukan  soalan-soalan  tutorial,  pengkaji  mula  membincangkan
               penyelesaian dan melihat jalan kerja pelajar. Di peringkat awal, pengkaji agak yakin dengan
               penerangan yang diberi serta penekanan kepada penggunaan petua rantai akan dapat membantu
               pelajar menyelesaikan masalah berkaitan pembezaan fungsi logaritma. Ditambah pula semasa
               kelas berlangsung kelihatan pelajar dapat menjawab latihan-latihan yang diberi. Namun begitu
               sangkaan pengkaji sama sekali meleset apabila pengkaji menyemak hasil kerja pelajar menerusi
               kuiz yang diadakan di hujung waktu kelas. Daripada 17 orang pelajar, hanya 6 orang sahaja
               yang  dapat  menjawab  keseluruhannya  dengan  betul.  Manakala  11  orang  lagi  melakukan
               kesalahan  yang  sama  iaitu  gagal  menulis  langkah  awal  bagi  pembezaan  fungsi  logaritma
               dengan sempurna.

               Contoh kesilapan dalam langkah awal yang dilakukan oleh pelajar berkenaan ialah:

                Diberi   y   ln 2x     2  3   , Cari   dy  .
                                             dx
                                                                            dy       1          1
               Contoh kesilapan langkah awal jawapan yang dilakukan ialah                
                                                                            dx    2x   2  3   2x   2  3 

                                                dy       1             4x
               Penyelesaian yang sebenar ialah               .4x 
                                                dx    2x   2  3    2x   2  3 


                       Dalam kelas tutorial yang berikutnya, pengkaji mengembalikan semula kertas jawapan
               kuiz berkenaan dan memanggil kesemua 11 orang pelajar yang melakukan kesilapan dalam
               langkah awal penyelesaian. Menerusi temubual tersebut pengkaji mengutarakan soalan kepada
               pelajar berkaitan kesilapan yang masih berlaku sedangkan penerangan sudah diberikan pada


                                                           113
   117   118   119   120   121   122   123   124   125   126   127