Page 114 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 114

Rajah 3: Perincian bagi tajuk Sistem Peredaran Darah

                     Setelah menetapkan big idea bagi Sistem Peredaran Darah Manusia iaitu bahagian utama
               dalam sistem peredaran darah manusia, kitaran laluan darah dalam tubuh serta kepentingan
               sistem  peredaran  darah,  panel  penggubal  harus  memperincikan  lagi  big  idea  tersebut  iaitu
               menentukan skop bagi big idea tersebut. Dalam Rajah 3, skop yang dipersetujui oleh panel
               penggubal bagi bahagian utama dalam sistem peredaran darah manusia merangkumi jantung,
               peparu  dan  salur  darah  serta  fungsi  masing-masing.  Harus  ditegaskan  bahawa  walaupun
               peranan jantung dipelajari dalam topik ini, panel penggubal memutuskan sturktur jantung tidak
               perlu dimasukkan ke dalam penulisan kurikulum bagi peringkat murid Tahun 5. Begitu juga
               dengan tajuk kitaran laluan darah manusia dan kepentingan sistem peredaran darah manusia
               yang  mana  kedalaman  skop  tajuk  ini  diputuskan  oleh  panel  penggubal  mengambil  kira
               kesesuaian skop ini dengan peringkat umur murid.

               Pemilihan Kata Kerja

                      Pemilihan kata kerja bagi penulisan SP menggambarkan aras berfikir yang dihasratkan
               untuk  dikuasai  oleh  murid.  Kata  kerja  ini  membolehkan  murid  menunjukkan  kompetensi
               mereka dalam pemerolehan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam bentuk yang boleh diukur.
               Penyataan kata kerja yang bersesuaian ditulis secara eksplisit dalam SP.
                      KBAT  yang  didefinisikan  sebagai  keupayaan  untuk  mengaplikasikan  pengetahuan,
               kemahiran, dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah,
               membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu (KPM, 2013) diberi keutamaan
               dalam penentuan kata kerja semasa penulisan SP. Kata kerja bagi tahap pemikiran KBAT iaitu
               mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta digunakan sebagai panduan dalam memilih
               kata kerja yang sesuai bagi menunjukkan elemen KBAT. Langkah ini adalah seiring dengan
               salah satu daripada 6 aspirasi murid yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing
               pada  peringkat  global  seperti  yang  terkandung  dalam  PPPM. Jadual  4  menunjukan  contoh
               pilihan kata kerja yang berkaitan dengan tahap pemikiran.










                                                           105
   109   110   111   112   113   114   115   116   117   118   119