Page 112 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 112

menunjukkan topik sistem peredaran darah manusia terdapat dalam kurikulum sains sekolah
               rendah di kebanyakan negara yang menyertai TIMSS Grade 4 tetapi dalam KBSR topik ini
               tidak  diperkenalkan  kepada  murid  sekolah  rendah  di  Malaysia.  Justeru,  menyedari
               kelompangan ini, panel penggubal kurikulum melihat satu keperluan untuk memasukkan topik
               Sistem Peredaran Darah Manusia sebagai salah satu kandungan baharu dalam KSSR Sains.
               Selain  itu,  perbandingan  juga  dibuat  dengan  melihat  kedalaman  topik  ini  dengan  merujuk
               kurikulum sains sekolah rendah di beberapa buah negara lain seperti yang ditunjukkan dalam
               Jadual 3.

                Jadual 3
                Perbandingan Kedalaman Topik Sistem Peredaran Darah dalam Kurikulum antara Negara

                    TAJUK      KERANGKA       MALAYSIA            UK           FILIPINA       SINGAPURA
                                  TIMSS
                  Sistem             √             X               √               √               √
                  Peredaran    Fungsi struktur             Saluran darah    Sistem      sistem peredaran
                  Darah        utama benda                   mengangkut       peredaran     darah
                  Manusia      hidup                         darah ke seluruh   bahagian dan   perbandingan cara
                               (peredaran                    badan (Blood     fungsi setiap   bahan
                               darah)                        vessel carry     bahagian      (substances)
                                                             blood around the   dalam sistem   diangkut/
                                                             body)            peredaran     diedarkan antara
                                                                              darah         tumbuhan dan
                                                                                            manusia
                                                                                           saluran darah yang
                                                                                            mengangkut
                                                                                            makanan dicerna,
                                                                                            oksigen dan
                                                                                            karbon dioksida


                     Jadual 3 menunjukkan sebahagian daripada perbandingan kurikulum yang telah dibuat.
               Pembacaan yang luas telah dijalankan untuk mengkaji kurikulum Sains Sekolah Rendah dari
               negara lain bagi membolehkan jadual perbandingan seperti di atas dibuat. Selain daripada itu
               pemahaman tentang perincian sesuatu topik yang terdapat dalam kurikulum luar negara pelru
               dikaji dengan mendalam dengan cara membuat semak silang dengan buku teks dan modul yang
               telah dihasilkan berasaskan kurikulum tersebut. Langkah ini penting bagi melihat bagaimana
               cara  kurikulum  tersebut  ditulis  dan  bagaimana  pemahaman  pihak  lain  ke  atas  kurikulum
               tersebut diterjemahkan kepada buku teks dan modul.
                     Satu lagi aspek yang diberi pertimbangan dalam penentuan kandungan kurikulum adalah
               pandangan  ahli  panel  penggubal  itu  sendiri  tentang  topik  baru  yang  hendak  dimasukkan
               ataupun topik yang hendak digugurkan. Ini sesuai dengan dapatan kajian  yang menyatakan
               penglibatan para pemegang taruh yang terdiri daripada pensyarah, guru cemerlang, guru pakar
               dan pegawai kurikulum yang mempunyai pelbagai latar belakang berbeza turut mempengaruhi
               setiap keputusan yang diambil apabila berbincang tentang kandungan kurikulum baharu (Chin,
               & Poon 2014).

               Big idea bagi topik yang telah ditentukan

                     Peringkat seterusnya adalah mengenal pasti dan menentukan skop pembelajaran yang
               ingin difokuskan bagi topik/kandungan baharu tersebut yang dikenali sebagai big idea. Big idea
               ini  juga  boleh  dikatakan  sebagai  skop  atau  apakah  tujuan  topik  ini  diperkenalkan.  Setelah
               merujuk  pelbagai  sumber, antara skop  yang  relevan tentang topik Sistem  Peredaran Darah


                                                           103
   107   108   109   110   111   112   113   114   115   116   117