Page 125 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 125

2.      Sekurang-kurangnya  80%  pelajar  memperoleh  markah  keseluruhan  melebihi  80%
               dalam Ujian Pembezaan Fungsi Logaritma setelah diperkenalkan dengan Formulator Tarsia.

               Kumpulan Sasaran

               Kumpulan  sasaran  adalah  seramai  11  orang  pelajar  dari  kelas  tutorial  A1T4  yang  terdiri
               daripada  3  orang  pelajar  lelaki  dan  8  orang  pelajar  perempuan  Jurusan  Perakaunan  sesi
               2017/2018. Mereka terdiri daripada pelajar yang berpencapaian rendah dan kesemuanya telah
               mencatatkan gred C dan ke bawah dalam subjek Matematik Tambahan peringkat SPM.

                                               METODOLOGI KAJIAN

                      Kajian ini merupakan kajian tindakan yang menggunakan ujian bertulis untuk mengenal
               pasti  pencapaian  pelajar  setelah  permainan  Tarsia  diperkenalkan.  Ujian  adalah  berbentuk
               kuantitatif    dan  dilaksanakan  di  peringkat  tinjauan  awal  dan  selepas  teknik  tersebut
               diperkenalkan.
                       Dalam kajian ini pengkaji menggunakan Model Kemmis dan McTaggart (1988) sebagai
               asas  untuk  melaksanakan  kajian.  Model  tersebut  telah  menyarankan  empat  langkah  kajian
               tindakan berdasarkan lingkaran iaitu membuat refleksi, merancang, bertindak dan memerhati.
               Refleksi oleh pengkaji dilakukan menerusi dapatan pemerhatian dan hasil kerja pelajar serta
               respons lisan daripada pelajar. Setelah mengenal pasti kesukaran pelajar, pengkaji membuat
               penyelidikan tentang kaedah-kaedah yang bersesuaian dengan keperluan pelajar. Pada tahap
               ini, pengkaji memutuskan untuk menggunakan Formulator Tarsia memandangkan permainan
               ini  adalah  praktikal  dan  fleksibel.  Tindakan  berikutnya  ialah  melaksanakan  intervensi  dan
               mengumpulkan  data  serta  membuat  analisis.  Hasil  daripada  analisis  ini  kemudiannya
               diperincikan dalam konteks objektif kajian.

                                               PELAKSANAAN KAJIAN

               Tinjauan awal

                       Dalam kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian ketika pelajar
               menyelesaikan masalah berkaitan pembezaan fungsi logaritma di dalam kelas, jawapan kuiz
               dan temu bual tidak berstruktur.

               Pemerhatian

                       Sebaik  sahaja  mula  membincangkan  penyelesaian  berkaitan  pembezaan  fungsi
               logaritma, pengkaji dapat melihat respons mimik muka serta bahasa badan pelajar yang kurang
               selesa  dengan  topik  ini.  Apabila  memerhatikan  jalan  kerja  yang  dilakukan  oleh  pelajar,
               pengkaji merumuskan hampir 70% melakukan kesilapan dalam penyelesaian langkah awal. Ini
               juga  bermakna  70%  pelajar  berada  pada  tahap  penguasaan  yang  rendah.  Pengkaji  telah
               membuat teguran kepada pelajar yang melakukan kesilapan dan menegaskan bahawa kesilapan
               di peringkat awal akan menyebabkan mereka kehilangan markah yang seterusnya dalam soalan
               berkenaan. Hasil daripada pemerhatian pengkaji, didapati pelajar hanya menghafal langkah
               penyelesaian tanpa kefahaman yang jelas. Akhirnya menyebabkan kesukaran kepada mereka
               kerana  terdapat  banyak  jenis  dan  sifat  fungsi  matematik.  Selain  itu,  pelajar-pelajar  yang
               berkecenderungan  melakukan  kesilapan  dalam  langkah  penyelesaian  awal  kelihatan  agak
               kurang berinteraksi dengan rakan sekelas.



                                                           116
   120   121   122   123   124   125   126   127   128   129   130