Page 108 - Jurnal Kurikulum BPK 2018
P. 108

Jadi, model Stiggins ini memberi ruang pada guru untuk memahami bagaimana PuP
               dapat dilaksanakan dalam bilik darjah secara tersusun dan mudah guru melaksanakan mengikut
               tujuh strategi yang disarankan dengan merujuk topik yang hendak diajar pada hari tersebut.

                     Jadual 1
                     Strategi Pentaksiran Untuk Pembelajaran

                     Peringkat Perancangan

                     Strategi 1: Guru menyediakan pembelajaran murid dengan visi yang jelas dan mudah
                                       difahami.
                               Berkongsi matlamat pembelajaran akan datang, memberi tugasan dengan
                                melengkapkan aktiviti, objektif pembelajaran diterangkan dengan mudah
                                dan jelas, sediakan rubrik pemarkahan untuk murid membuat penilaian
                                kendiri.
                     Strategi 2:  Guru menggunakan contoh-contoh dan model yang sesuai dengan tahap
                                        murid.
                               Berkongsi hasil kerja murid, menggunakan sumber luar atau hasil kerja
                                guru, sediakan sampel untuk dianalisis dan dibincangkan, gunakan model
                                permulaan, pembetulan dan menyemak semula kerja.

                     Peringkat Pelaksanaan

                     Strategi 3:  Membiasa murid untuk menggunakan maklum balas sebagai rujukan
                                        prestasi mereka.
                               Menyediakan maklum balas berkaitan dengan kekuatan dan kelemahan
                                kriteria yang ada, memberi komen yang spesifik dan jelas
                     Strategi 4:   Mengajar murid untuk menilai diri dan menetapkan matlamat sendiri
                               Membantu  murid  melihat  kelemahan  dan  kekuatan  diri,  menggalakan
                                murid  menyediakan  maklumat  untuk  membantu  rakan  sebaya,
                                menggunakan maklumat untuk mengenalpasti keperluan masa depan.

                     Peringkat Penilaian

                     Strategi 5: Membina pengajaran berdasarkan kepada kualiti.
                               Bina  kualiti  kompetensi  murid,  membina  komponen  kemahiran  secara
                                individu.
                     Strategi 6: Mengajar murid untuk membuat ulangkaji (revision)
                               Tunjukkan cara terbaik untuk mengulangkaji dan galakkan rakan sebaya
                                membantu.
                     Strategi 7: Melibatkan murid dalam refleksi kendiri dan berkongsi pembelajaran
                               Memberi peluang mengesan dan berkongsi idea sesama mereka, sediakan
                                panduan untuk membuat refleksi atas kerja sendiri.

                                                     (Sumber: Stiggins, 2012)



                                                             98
   103   104   105   106   107   108   109   110   111   112   113