Page 104 - Jurnal Kurikulum BPK 2018
P. 104

Kajian Salleh (2012) telah meneroka untuk melihat realiti dan hasrat masyarakat terhadap
               pentaksiran di Malaysia. Kajian secara kualitatif ini telah mendapat pandangan dari pihak yang
               berkepentingan seperti guru, ibu bapa, pensyarah, badan bukan kerajaan, persatuan ibu bapa dan
               guru-guru  dan  kalangan  profesional.  Dapatan  kajian  beliau  menunjukkan  bahawa  majoriti
               responden  menganggap  sistem  persekolahan  masa  kini  lebih  menjurus  kepada  peperiksaan
               daripada  memberi  pendidikan  selaras  dengan  Falsafah  Pendidikan  Kebangsaan  yang
               mementingkan pendidikan modal insan.
                      Oleh sebab itu, Mertler (2004) menjelaskan sebahagian besar tugas dan masa profesional
               guru  dikhaskan  untuk  menyediakan  aktiviti  yang  berkaitan  dengan  pentaksiran,  dan  Stiggins
               (2007) pula memberitahu bahawa purata masa guru untuk menyediakan tugasan yang berkaitan
               dengan pentaksiran  memerlukan 25 hingga 30 peratus dari masa profesional mereka. Inilah isu
               yang kritikal bagi guru untuk membina pentaksiran secara berkesan, di samping untuk memahami
               fungsi pentaksiran itu sendiri.
                      Bagi  mengurangkan  pentaksiran  berasaskan  peperiksaan,  Kementerian  Pendidikan
               Malaysia telah menyediakan satu transformasi sistem pentaksiran negara melalui Pelan Induk
               Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 yang disebut sebagai Sistem Pentaksiran Pendidikan
               Kebangsaan  (SPPK).  SPPK  ini  telah  menyediakan  pentaksiran  alternatif  bagi  mengurangkan
               tekanan  peperiksaan  awam,  memperkukuh  Pentaksiran  Berasaskan  Sekolah  (PBS)  dan
               memperbaiki  pembelajaran    murid  berdasarkan  standard  pembelajaran  yang  telah  ditetapkan
               dalam kurikulum  kebangsaan (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011).
                      Selepas SPPK dilaksanakan sepenuhnya pada Tahun 2010, kurikulum sekolah rendah dan
               menengah turut dibuat perubahan. Mulai Tahun 2011, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
               (KBSR) telah digantikan dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan diikuti dengan
               kurikulum baru untuk sekolah menengah iaitu Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
               yang telah pun bermula pada  Tahun 2017. Perkara ini telah dijelaskan dalam Surat Pekeliling
               Ikhtisas Bil. 11/ 2010, Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahap Satu
               Mulai Tahun 2011. KSSR yang dibina ini berdasarkan kepada kurikulum persekolahan sedia ada
               dengan  mengambil  kira  keperluan  perubahan  kepada  aspek  asas  kurikulum  seperti  struktur
               kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan kurikulum dan pengurusan
               sekolah (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011).
                      Apabila SPPK diwujudkan di Malaysia dengan tujuan untuk mengurangkan exam oriented
               tersebut, maka terdapat beberapa kajian menunjukkan kredibiliti guru terhadap pentaksiran untuk
               tujuan  pembelajaran  dipersoalkan.  Kajian  Mutalib  &  Ahmad  (2012)  mendapati  telah
               menimbulkan  banyak  rungutan  dalam  kalangan  guru  untuk  menjalankan  pentaksiran  untuk
               pembelajaran  semasa  proses  pengajaran  dan  pembelajaran  berlangsung  kerana  mereka
               mempunyai perasaan kurang yakin untuk menjadikan amalan menggunakan pentaksiran untuk
               pembelajaran dalam proses  pengajaran dan pembelajaran. Begitu juga Ali & Jamaluddin (2008)
               pula  mendapati  guru  mempunyai  masalah  gangguan  dalam  melaksanakan  pentaksiran  untuk
               pembelajaran kerana murid sering tidak menyiapkan tugasan, guru tidak sempat menjalankan
               aktiviti  pentaksiran,  masa  pengajaran  guru  sering  diganggu  dan  murid  tidak  berminat  untuk
               menjawab soalan yang dibina sendiri oleh guru (teacher-made-test).
                      Transformasi pentaksiran berasaskan peperiksaan kepada pentaksiran berasaskan sekolah
               memerlukan  kefahaman  yang  mendalam  bagi  semua  kaki  tangan  pendidikan  dari  peringkat
               tertinggi hingga ke peringkat pelaksana. Pelaksanaan bentuk  baharu ini memerlukan pengorbanan
               dan  tanggungjawab  yang  perlu  dipikul  bersama.  Ketidakseimbangan  ini  akan  menyebabkan
               pelaksanaan pentaksiran tidak akan tercapai seperti mana yang diharapkan. Isu berkaitan dengan
               kesukaran  guru  untuk  melaksanakan  bentuk  baharu  pentaksiran  akan  menjadi  polimik  dalam

                                                             94
   99   100   101   102   103   104   105   106   107   108   109