Page 109 - Jurnal Kurikulum BPK 2018
P. 109
Model Pentaksiran Harlen
Harlen (2007: 119) dalam bukunya “Assessment of learning” telah menyenaraikan ciri-
ciri utama pentaksiran untuk pembelajaran. Terdapat enam ciri-ciri tersebut iaitu;
maklum balas disediakan untuk murid sebagai panduan bagi memperbaiki atau
menambah maju secara kendiri, dan bukannya untuk membuat perbandingan dengan
murid lain.
murid memahami matlamat pembelajaran mereka dan berusaha untuk melakukan
yang terbaik
murid terlibat dalam pentaksiran kendiri untuk mengenal pasti keperluan bagi
memperbaiki diri untuk bergerak maju.
murid terlibat secara aktif dalam bersoal jawab bagi membuktikan pemahaman dan
kemahiran mereka.
wujud dialog antara guru dan murid yang menggalakkan refleksi terhadap
pembelajaran mereka.
guru menggunakan maklumat pembelajaran lalu untuk disesuaikan dengan
pengajaran akan datang supaya semua murid mempunyai peluang untuk belajar.
Ciri-ciri pentaksiran untuk pembelajaran yang dinyatakan oleh Harlen di atas
menunjukkan pentaksiran tersebut merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan
pembelajaran dengan bertujuan untuk membantu murid dalam pembelajaran. Penglibatan bersama
antara guru dan murid dalam menggunakan bahan pembelajaran berserta dengan maklum balas
pembelajaran yang disediakan dapat membantu mencapai matlamat pengajaran. Untuk tujuan itu,
Harlen telah membina satu kerangka pentaksiran untuk pembelajaran seperti Rajah 2 yang boleh
dijadikan model oleh guru bagi melaksanakan pentaksiran untuk pembelajaran dalam bilik darjah.
Artikel ini akan cuba mengaplikasikan bagaimana tujuh strategi yang terdapat dalam
model Stiggins pada Jadual 1 di atas boleh diguna sama dengan kerangka pentaksiran untuk
pembelajaran Harlen (2007) secara bersepadu. Kerangka pentaksiran untuk pembelajaran seperti
Rajah 2 di bawah telah diadaptasi dari Harlen (2007) untuk menunjukkan langkah-langkah yang
boleh digunakan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti pentaksiran untuk pembelajaran di bilik darjah.
Mengikut Harlen (2007), pusingan aktiviti bagi pentaksiran yang dilaksanakan dalam bilik darjah
ini merupakan aktiviti pentaksiran yang berterusan dan diulangi berdasarkan objektif
pembelajaran yang ingin dilaksanakan oleh guru tersebut.
Kerangka pentaksiran untuk pembelajaran Harlen (2007) ini, bermula dengan aktiviti
yang dirancang oleh guru atau aktiviti yang dirancang bersama dengan murid. Pada peringkat
perancangan pembelajaran, strategi pertama dan strategi kedua dalam model Stiggins diguna
pakai untuk menentukan objektif pembelajaran yang perlu diterangkan secara jelas kepada semua
murid. Oleh itu, aktiviti A, B dan C yang ingin dilaksanakan oleh guru perlu merujuk kepada
tujuan dan objektif pengajaran dan pembelajaran bagi topik yang hendak diajar. Tujuan dan
objektif pengajaran dan pembelajaran perlu dikongsi bersama antara guru dan murid.
Sebagai contoh dalam pengajaran subjek Sains Tahun 4 (KSSR): 5.1 Standard
Kandungan: Tumbuhan Bergerak Balas Terhadap Rangsangan. Standard Pembelajaran 5.1.1:
Murid boleh membuat kesimpulan bahagian tumbuhan yang bergerak balas terhadap rangsangan
dengan menjalankan penyiasatan iaitu:
99

