Page 110 - Jurnal Kurikulum BPK 2018
P. 110
Matlamat khusus pengajaran
dan pembelajaran
Aktiviti murid
(langkah pembelajaran)
C
B Mengumpul eviden/bahan
Membuat keputusan berdasarkan objektif
bagaimana mencapai A
langkah seterusnya pembelajaran
Eviden/bahan pembelajaran
Pembelajaran seterusnya Murid
Mentafsir eviden/bahan
Membuat keputusan Menilai perkembangan
pembelajaran berdasarkan
untuk langkah seterusnya rujukan kriteria
Rajah 2: Pusingan Aktiviti Pentaksiran Untuk Pembelajaran
(Sumber: Harlen, 2007)
akar bergerak balas terhadap air.
akar bergerak balas terhadap graviti.
pucuk, daun dan bunga bergerak balas terhadap cahaya.
daun bergerak balas terhadap sentuhan. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2014)
Katakan murid akan membuat aktiviti A (membuat projek/eksperimen berkenaan akar
bergerak balas terhadap air dan graviti). Langkah pertama, murid secara kolaboratif mencari dan
mengumpul eviden atau bahan-bahan untuk menjalankan eksperimen tersebut berdasarkan
objektif pembelajaran. Selepas eviden atau bahan berjaya dikumpulkan maka murid itu sendiri
secara kolaboratif sesama mereka untuk membuat eksperimen tumbuhan bergerak balas terhadap
air dan graviti yang dicadangkan dengan mendapat pemerhatian dan bantuan guru. Pada peringkat
ini, strategi ketiga (menggunakan maklum balas) dan strategi keempat (menilai kendiri) dalam
model Stiggins boleh digunakan oleh guru bagi membantu murid dalam melaksanakan
eksperimen mereka.
Guru pula menyediakan senarai semak atau sebarang dokumen pentaksiran untuk
mentaksir aktiviti-aktiviti murid semasa murid melaksanakan eksperimen tersebut. Maklumat
pentaksiran ini boleh diperoleh melalui perbincangan murid secara kumpulan, gerak kerja yang
100

