Page 106 - Jurnal Kurikulum BPK 2018
P. 106
2009). Stiggins et al. (2006) menjelaskan PuP adalah satu indikator untuk guru bagi menyediakan
maklum balas hasil daripada pembelajaran murid mereka dan murid boleh membuat pentaksiran
kendiri dan hasil keputusan mereka boleh dikongsi sesama rakan mereka. Natijahnya, maklum
balas yang diperoleh, boleh membantu guru dan murid bagi mengatasi segala kelemahan dan
kesilapan yang dilakukan oleh murid boleh diperbetulkan, secara tidak langsung proses
pembelajaran di satu peringkat boleh disempurnakan sebelum beralih ke peringkat yang
berikutnya. Perkara ini penting dilakukan kerana masalah pembelajaran adalah berkait antara satu
sama lain, pembelajaran yang tidak sempurna di satu peringkat akan menyebabkan pembelajaran
yang tidak sempurna di peringkat susulan (Cauley & McMillan, 2010).
KONSEPTUAL REKA BENTUK PENTAKSIRAN UNTUK PEMBELAJARAN
Kajian-kajian lepas telah banyak melaporkan tentang kepentingan pentaksiran sekolah
dalam membantu proses pembelajaran. Namun, keberkesanan pentaksiran sangat bergantung
kepada faktor-faktor seperti i) sikap, orientasi dan falsafah guru terhadap murid dan proses
pengajaran dan pembelajaran, ii) latihan, pengetahuan dan kemahiran guru dalam bidang
pentaksiran pendidikan, iii) iklim bilik darjah dan iv) polisi pendidikan ( Stiggins, 1995).
Stiggins (2012) telah menghabiskan masa hampir empat puluh tahun untuk cuba
memahami tugas pentaksiran, keperluan pentaksiran bilik darjah, bagaimana pentaksiran boleh
menghubungkan kepada kejayaan murid, dan bagaimana untuk menyediakan guru-guru dalam
memenuhi tanggungjawab dalam melaksanakan pentaksiran di bilik darjah. Tanggungjawab
pentaksiran adalah terletak pada guru untuk mengumpul maklumat yang tepat tentang pencapaian
murid, kerana hanya murid dan guru boleh membuat keputusan yang berkualiti tinggi.
Di samping itu, setiap guru dan setiap kelas mesti memahami bagaimana untuk
menggunakan proses dan keputusan pentaksiran untuk membantu dan mengesahkan pembelajaran
murid. Pentaksiran berkualiti mengkehendaki setiap guru perlu cekap membuat operasi
pentaksiran dengan menggunakan pentaksiran sebagai alat pembelajaran dan pentaksiran untuk
melihat keberkesanan pembelajaran. Sekiranya ada guru yang tidak boleh melakukan kedua-
duanya secara berkesan akan mempunyai kesukaran untuk melaksanakan pentaksiran dalam bilik
darjah (Stiggins, 2012).
Oleh kerana terdapat pelbagai teori dan model telah dikemukakan oleh tokoh-tokoh
penyelidikan yang berkaitan dengan pentaksiran dalam pendidikan. Maka artikel konseptual ini
membincangkan model pentaksiran untuk pembelajaran yang boleh dijadikan panduan untuk
dilaksanakan dalam bilik darjah.
Model Asas Pentaksiran dan Pengajaran Brookhart
Model asas dalam Rajah 1 menunjukkan perkaitan antara pentaksiran dan pengajaran oleh
Brookhart (2004) merupakan satu model untuk melihat amalan guru dalam menyampaikan
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Brookhart (2004) menjelaskan dalam membina
pentaksiran perlu dilihat secara menyeluruh. Tiga elemen asas yang dinyatakan seperti matlamat
pembelajaran, aktiviti pengajaran dan mentaksir pembelajaran merupakan amalan seorang guru
apabila melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.
96

