Page 111 - Jurnal Kurikulum BPK 2018
P. 111
dilakukan dan segala aktiviti yang melibatkan kemahiran proses sains yang boleh diukur,
dijadikan sebagai eviden pentaksiran untuk pembelajaran. Sebagai contoh, guru boleh mentaksir
bagaimana murid mengumpul maklumat, memproses maklumat dan membentuk pelbagai konsep
semasa mereka melaksanakan eksperimen tersebut. Apakah pemboleh ubah yang perlu diambil
kira dalam eksperimen akar bergerak balas terhadap air dan graviti? Apakah eviden yang akan
dikumpulkan dan bagaimana cara untuk melihat rangsangan tersebut?.
Dari aktiviti eksperimen tersebut, guru juga boleh melihat dan memerhati bagaimana
murid berfikir, merancang, bertindak dan melaksanakan eksperimen sehingga berjaya
merumuskan dapatan eksperimen mereka dan dapatan tersebut perlu dikongsi bersama seperti
dalam strategi ke tujuh model Stiggins. Aktiviti B merupakan kitaran selanjutnya untuk mengkaji
dan membuat eksperimen bagi sub-topik seterusnya berdasarkan objektif pembelajaran.
Menurut Harlen (2007), pusingan aktiviti pentaksiran untuk pembelajaran berdasarkan
kedudukan murid di tengah-tengah kitaran ini berfungsi sebagai penggerak utama dalam proses
pembelajaran. Anak panah dua hala itu menunjukkan hubungan murid dengan beberapa bahagian
dalam pusingan pentaksiran bertindak menerima maklumat daripada guru atau murid itu sendiri
yang mencari dan menyediakan maklumat untuk pembelajaran tersebut. Dalam pentaksiran untuk
pembelajaran ini, menilai perkembangan pembelajaran dan membuat keputusan untuk
pembelajaran seterusnya sangat bergantung kepada pembelajaran yang lepas dan usaha murid itu
sendiri selain daripada apa yang murid boleh lakukan berdasarkan dengan objektif pembelajaran.
Kesimpulannya, untuk menilai perkembangan pembelajaran, penilaian boleh berlaku
dengan menggunakan rujukan kriteria ataupun tindakan aktiviti yang dijalankan oleh murid itu
sendiri. Penilaian pembelajaran tidak berlaku secara kajian kes. Standard pentaksiran yang
disediakan oleh guru seharusnya digunapakai kepada semua murid yang terlibat dan tidak wujud
murid yang tercicir daripada standard yang disediakan. Oleh itu, dengan mengambil pandangan
ini, kejayaan pelaksanaan pentaksiran untuk pembelajaran sangat bergantung kepada pendekatan
pengajaran dan pembelajaran guru dari segi pengetahuan, kemahiran dan strategi yang mereka
gunakan untuk menjalankan proses pedagogi tersebut (Webb & Jones, 2009).
RUMUSAN
Kertas konsep ini telah mengupas secara mendalam tentang pentaksiran untuk
pembelajaran (assessment for learning) yang hangat diperkatakan sekarang. Model pentaksiran
yang dinyatakan di atas sedikit sebanyak memberi panduan kepada guru bagi mengubah amalan
dan budaya dengan menjadikan pentaksiran untuk pembelajaran sebagai amalan harian semasa
mereka melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Mengikut Hayward & Hedge
(2005) pelaksanaan pentaksiran untuk pembelajaran bukan sahaja memberikan kebaikan kepada
murid tetapi juga meningkatkan kepuasan guru dalam pengajaran.
101

