Page 103 - Jurnal Kurikulum BPK 2018
P. 103

memerhati kefahaman, kualiti hasil kerja serta potensi murid melalui jawapan kepada persoalan
               yang timbul dan di akhir sesi, pentaksiran digunakan untuk mengetahui tahap pemahaman dan
               penerimaan murid mengenai apa yang telah dipelajari manakala guru boleh merancang seterusnya
               untuk membuat penambahbaikan pengajaran.
                      Popham  (2013)  menyatakan  dalam  bukunya  “Classroom  Assessment:  What  Teachers
               Need To Know” menjelaskan pentaksiran dalam konteks bilik darjah lazimnya dikaitkan dengan
               pentaksiran formatif. Perkembangan pesat yang berlaku dalam bidang pentaksiran mewujudkan
               istilah pentaksiran untuk pembelajaran yang menekankan kepentingan tujuan dan penggunaan
               amalan pentaksiran formatif yang bermakna kepada guru, murid dan ibu bapa (Webb & Jones,
               2009).  Mengikut Assessment Reform Group (ARG) (2001) dan Black & Wiliam (1998a) telah
               menjelaskan bahawa terdapat dua tujuan utama proses pentaksiran dijalankan di bilik darjah yang
               pertama adalah untuk memberi gred dan pelaporan yang dikenali sebagai pentaksiran terhadap
               pembelajaran  (assessment  of  learning)  dan  yang  kedua  bertujuan  untuk  menggalakkan
               pembelajaran yang dikenali pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning).
                      Artikel  ini akan membuat  satu  penerokaan untuk membincangkan strategi  pentaksiran
               untuk pembelajaran berdasarkan model-model pentaksiran yang boleh membantu guru-guru untuk
               melaksanakannya di bilik darjah.

                                           ISU PENTAKSIRAN DI SEKOLAH

                      Kurikulum, pengajaran dan pembelajaran serta pentaksiran merupakan komponen utama
               yang  diadun  dalam  sistem  pendidikan.  Kurikulum  merupakan  tunggak  untuk  berfungsinya
               pengajaran dan pembelajaran serta pentaksiran dalam bilik darjah (Butler & Mc Munn, 2006).
               Pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.  Pentaksiran
               bertujuan untuk  menilai pencapaian murid dan  pada masa  yang sama pentaksiran berperanan
               untuk menghasilkan pembelajaran yang lebih bermakna (meaningful learning) (Popham, 2006).
                      Oleh  itu,  untuk  membina  pentaksiran  yang  baik,  ia  menuntut  kepada  kecekapan  dan
               keupayaan  guru  dalam  mentaksir  pembelajaran  murid  di  samping  dapat  membantu  untuk
               memantapkan  kualiti  sistem  pentaksiran  dan  penilaian  sebagaimana  yang  dihasratkan  (Adi
               Badiozaman, 2007). Justeru, guru harus melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran
               pentaksiran agar berupaya membuat perancangan dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru juga
               perlu cekap mentadbirkan ujian, memeriksa, menganalisis data dan maklumat serta berkebolehan
               mentafsir pencapaian murid secara sah, boleh dipercayai dan saksama.
                      Pentaksiran yang baik adalah penting untuk meningkatkan pembelajaran murid dan pada
               masa  yang  sama  pelaksanaan  aktiviti-aktiviti  untuk  pentaksiran  memerlukan  guru  yang
               berpengetahuan  dan  berkebolehan  dalam  mengendalikan  pentaksiran  bilik  darjah  (Alkharusi,
               2009; Popham, 2013).  Akan tetapi, apa yang berlaku hari ini, guru-guru dikatakan mengajar untuk
               menyediakan murid menghadapi peperiksaan daripada mendidik anak murid bersesuaian dengan
               matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Adimin, 2006).
                      Adimin  (2006)  menjelaskan  lagi  bahawa  sistem  pentaksiran  yang  sedia  ada  ini  perlu
               diubah berdasarkan kepada beberapa faktor yang tidak begitu relevan dengan keperluan dunia
               pendidikan hari ini seperti sistem pentaksiran yang terlalu menekankan kepada peperiksaan yang
               menyebabkan guru mengajar secara “drilling for the test”, hasil pentaksiran kurang memberi
               gambaran yang lebih tepat tentang pencapaian murid dalam pembelajaran dan yang lebih teruk
               wujud  kelompongan  antara  hasrat  Falsafah  Pendidikan  Kebangsaan  dengan  pelaksanaan
               pengajaran, proses pentaksiran dan hasil pembelajaran.



                                                             93
   98   99   100   101   102   103   104   105   106   107   108