Page 107 - Jurnal Kurikulum BPK 2018
P. 107

Matlamat  Pembelajaran Murid


                                                                                    Mentaksir
                     Aktiviti Pengajaran
                                                                               Pembelajaran Murid



                                 Rajah 1.   Model Perkaitan Antara Pentaksiran dan Pengajaran
                                                  (Sumber: Brookhart, 2004)

                        Model perkaitan antara pentaksiran dan pengajaran Brookhart ini berasaskan kepada
               matlamat pembelajaran yang mempunyai satu target bersama antara guru dan murid. Daripada
               matlamat bersama ini akan mengwujudkan aktiviti pengajaran guru dan pentaksiran pembelajaran
               murid  perlu  disesuaikan  dengan  matlamat  pembelajaran  pada  ketika  itu.  Sekiranya  matlamat
               pembelajaran boleh menjawab persoalan “Where am I going” di mana murid boleh menentukan
               objektif  pembelajaran  yang  diperlukan  maka  pengajaran  akan  menunjukkan  “How  will  I  get
               there” di mana guru akan menunjukkan cara untuk mencapai hasil pembelajaran murid tersebut
               dan  pentaksiran  akan  menyatakan  “How  will  I  know  when  I’m  there”  di  mana  murid  akan
               mendapat  hasil  pembelajaran  melalui  pentaksiran  kendiri  atau  rakan  sebaya.  Rangkaian
               triangulasi ini menunjukkan pentaksiran untuk pembelajaran dapat dijalankan dengan sempurna
               berdasarkan perancangan guru yang bersistematik. Model ini dianggap oleh sebahagian pendidik
               terlalu ideal, ini kerana pentaksiran berlaku melalui pengajaran sama ada secara formal ataupun
               tidak formal di mana murid mentaksir diri mereka sendiri dan guru memerhati bagaimana murid
               melakukannya sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

                                                 Model Pentaksiran Stiggins

                        Menurut Stiggins (2012), beliau telah menyenaraikan tujuh strategi pentaksiran untuk
               pembelajaran  berdasarkan  tiga  peringkat  utama  semasa  melaksanakan  proses  pengajaran  dan
               pembelajaran iaitu peringkat perancangan, peringkat pelaksanaan dan peringkat penilaian.  Jadual
               1  di  bawah  menunjukkan  bahawa  pada  peringkat  perancangan  guru  perlu  menyediakan
               pembelajaran murid dengan visi yang jelas dan mudah difahami berserta menggunakan contoh
               dan  model  yang  sesuai  dengan  tahap  murid.  Pada  peringkat  pelaksanaan  pula,  guru  perlu
               membiasakan murid menggunakan maklum balas sebagai rujukan mereka dan mengajar murid
               untuk  membuat  penilaian  kendiri.  Bagi  peringkat  penilaian,  guru  membina  pengajaran
               berdasarkan kepada kualiti, mengajar murid untuk membuat ulang kaji dan melibatkan murid
               dalam membuat refleksi kendiri (Stiggins, 2012).





                                                             97
   102   103   104   105   106   107   108   109   110   111   112