Page 114 - Jurnal Kurikulum BPK 2018
P. 114

Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran STEM Di Kelas Prasekolah


                                                                                     2
                                                             1
                                      Tajul Effandy Hassan , Mohd Azahar Madar
                                             1,2  Bahagian Pembangunan Kurikulum
                                    1  tajul.effandy@moe.gov.my;   azahar.madar@moe.gov.my
                                                              2

                                                          Abstrak

               STEM  merupakan  salah  satu  agenda  yang  diberi  penekanan  oleh  Kementerian  Pendidikan
               Malaysia  bermula  dari  peringkat  prasekolah  yang  bertujuan  sebagai  asas  pemupukan  untuk
               melahirkan generasi STEM yang mampu bersaing di peringkat global bagi memacu ekonomi
               negara. Artikel ini membincangkan tentang pelaksanaan PdP STEM, perancangan dan peranan
               guru  serta  implikasi  pelaksanaannya  ke  atas  pendidikan  prasekolah.  STEM  di  prasekolah
               diperkenalkan  sebagai  satu  PdP  yang  mengintegrasikan  empat  bidang  Sains,  Teknologi,
               Kejuruteraan dan Matematik dengan mengintegrasikan dan mengaplikasikannya dalam konteks
               dunia  sebenar.  Terdapat  tiga  elemen  yang  ditekankan  dalam  PdP  STEM  iaitu  pengetahuan,
               kemahiran  dan  nilai  STEM  yang  perlu  dikuasai  oleh  murid  dalam  setiap  aktiviti  yang
               dilaksanakan. Laporan kajian lepas menunjukkan guru masih tidak mampu melaksanakan PdP
               STEM seperti yang disarankan oleh kurikulum disebabkan oleh faktor seperti kekurangan tahap
               pengetahuan  kandungan,  kekurangan  pengetahuan  pedagogi,  kemahiran  melaksana  yang
               sederhana,  ruang  yang  tidak  mencukupi,  kesukaran  mengawal  tingkahlaku  murid  ketika
               melakukan  aktiviti,  dan  tekanan  dari  pentadbir  serta  ibu  bapa  yang  menginginkan  murid
               menguasai kemahiran akademik semata-mata. Pelaksanaan PdP STEM di prasekolah diharapkan
               menjadi  asas  kepada  pembudayaan  STEM  dalam  kalangan  murid  di  Malaysia  ke      arah
               menjadikan generasi STEM menjelang 2020.

               Kata kunci: Generasi STEM, PdP STEM, pengetahuan, kemahiran dan nilai STEM.


                                                     PENGENALAN

                      Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) merupakan salah satu
               agenda  yang  diberikan  penekanan  dalam  Pelan  Pembangunan  Pendidikan  Malaysia
               (PPPM 2013-2025, KPM 2013). Kementerian Pendidikan Malaysia giat berusaha memantapkan
               pendidikan STEM bermula dari peringkat prasekolah hingga ke sekolah menengah melalui aktiviti
               kurikulum dan ko-kurikulum untuk menyediakan murid dengan kemahiran yang diperlukan bagi
               menghadapi cabaran dunia yang sedang berubah dengan pengaplikasian STEM. STEM adalah
               suatu  falsafah  atau  cara  berfikir  di  mana  beberapa  bidang  pelajaran  iaitu  Sains,  Matematik,
               Kejuruteraan dan Teknologi diintegrasikan menjadi satu bidang pendidikan yang dianggap lebih
               sesuai dan relevan untuk diajarkan di sekolah kerana ia menekankan aspek praktikaliti dan realiti
               (Sneideman,  2013).  Menurut  Hansen  dan  Gonzalez  (2014),  STEM  ialah  bidang  yang
               menyepadukan teknologi, merentasi displin ilmu di dalam dan di luar bidang STEM, berdasarkan
               dunia  sebenar,  sahih  dan  nyata.    Di  antara  langkah  yang  diambil  oleh  KPM  adalah  dengan
               meningkatkan  minat  murid  melalui  pendekatan  pembelajaran  yang  baharu,  memantapkan
               kurikulum  persekolahan,  meningkatkan  kemahiran  dan  kebolehan  guru  serta  meningkatkan




                                                             104
   109   110   111   112   113   114   115   116   117   118   119