Page 116 - Jurnal Kurikulum BPK 2018
P. 116
oleh responden adalah berkaitan dengan kekurangan peruntukan masa untuk melaksanakan PdP
sains, ruang yang tidak mencukupi, kesukaran mengawal tingkah laku murid ketika melakukan
aktiviti, kekurangan pengetahuan dan kemahiran guru dalam melaksanakan aktiviti dan tekanan
dari pentadbir serta ibu bapa yang menginginkan murid menguasai kemahiran akademik semata-
mata. Dapatan ini disokong oleh Miller & Almon (2013) dalam Syariza (2017) yang menyatakan
sikap pentadbir dan ibu bapa merupakan salah satu faktor yang menyukarkan guru melaksanakan
aktiviti kerana mereka hanya menginginkan murid cemerlang dalam akademik dan menganggap
aktiviti selain membaca, menulis dan mengira adalah aktiviti yang tidak berfaedah. Begitu juga
kajian yang dilakukan oleh Seyide Eroglu (2016) dalam Syariza (2017) mendapati bahawa guru
masih lemah dalam menyepadukan STEM disebabkan masa dan bahan pengajaran STEM yang
dianggap membebankan.
STEM di prasekolah diperkenalkan sebagai satu PdP dan bukan sebagai mata pelajaran
STEM. Pendekatan PdP ini melibatkan pengaplikasian pengetahuan, kemahiran dan nilai STEM
untuk menyelesaikan masalah dalam konteks kehidupan seharian, masyarakat dan alam sekitar
(KPM, 2016). Melalui kaedah penggabungan ini, kanak-kanak akan belajar Sains dan Matematik
dalam konteks sebenar, realistik dan bermakna melalui aplikasi teknologi dan rekacipta.
Pembelajaran melalui kaedah ini adalah lebih menyeronokkan, melibatkan hands-on dan memberi
pengalaman terus yang merangsang kanak-kanak berfikir dan menyelesaikan masalah dalam
kehidupan harian (Mazlini Adnan, Aminah Ayob, Ong Eng Tek, Mohd Nasir Ibrahim, Noriah
Ishak, & Jameyah Sheriff, 2016).
Pendekatan ini menggalakkan murid menyoal dan meneroka melalui inkuiri, mengaplikasi
dan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan dunia sebenar. PdP yang diperkenalkan ini
dijangkakan dapat mendorong ke arah pembudayaan amalan STEM bermula di peringkat
prasekolah. Perkara ini disokong oleh pandangan pakar dalam bidang awal kanak-kanak yang
menyatakan pendidikan STEM harus diperkenalkan di peringkat awal umur
(Katz, 2010).
KAJIAN LITERATUR
PdP STEM mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak. Kajian lepas yang
dilakukan membuktikan PdP Stem yang dilaksanakan pada peringkat awal pendidikan mampu
membina asas pembelajaran dan perkembangan kognitif kanak-kanak pada masa hadapan. PdP
STEM juga dapat membantu dalam perkembangan pemikiran kritis dan kemahiran menaakul,
meningkatkan minat kanak-kanak terhadap pembelajaran Sains dan Matematik, memupuk minat
terhadap kerjaya berkaitan STEM. Di samping itu, PdP STEM mampu mengembangkan sifat
ingin tahu, suka bertanya, kemahiran menyiasat dan memberi pengalaman luas kepada kanak-
kanak mengenai dunia semulajadi serta dunia disekeliling mereka (Katz, 2010). Selanjutnya,
pelaksanaan PdP STEM juga akan memberi peluang kepada murid mengaplikasikan konsep-
konsep Sains dan Matematik dan menjadikan pembelajaran lebih bermakna dan mencabar.
Konsep-konsep Sains dan Matematik yang diintegrasikan dengan bidang Teknologi dan
Kejuruteraan, boleh dijadikan asas untuk menyelesaikan masalah sebenar dalam kehidupan, dan
dapat memberikan pengalaman pembelajaran yang sangat berkesan kepada pelajar-pelajar
(Mazlini Adnan et. al, 2016).
Kajian yang dilakukan oleh Kasza & Slater (2017) dalam Titik Rahayu, Syafrimen Syafril,
Kamisah Bt. Osman Lilia Bt. Halim, Sharifah Zarina Binti Syed Zakaria Cik Tuan Mastura Binti
Tuan Soh Nova Erlina Yaumas (2018) mendapati bahawa STEM dapat meningkatkan daya
imaginasi, kemahiran motor, kemahiran memerhati, kemahiran mereka bentuk, kemahiran
106

