Page 119 - Jurnal Kurikulum BPK 2018
P. 119
yang memberi ruang dan peluang kepada murid untuk meminati dan mengaplikasi pengetahuan,
kemahiran dan nilai STEM dalam konteks kehidupan harian, masyarakat dan alam sekitar seperti
yang dihasratkan dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (Semakan 2017) (KPM,
2017).
Peranan guru harus bersesuaian dengan tujuan PdP STEM yang dilaksanakan. Berikut
adalah peranan guru dalam melaksanakan PdP STEM di prasekolah (KPM, 2016) :
1. Memberi cetusan minda dan inspirasi. Guru seharusnya mampu menyediakan bahan yang
mampu menarik perhatian murid seperti menayangkan video atau aktiviti ringkas yang
menakjubkan.
2. Menggalakkan murid melaksana aktiviti dengan mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran
dan nilai STEM secara kreatif dan kritis.
3. Membimbing dan membangunkan kemahiran berfikir. Guru perlu menyediakan soalan-
soalan mencabar dan menggalakkan murid berfikir (KBAT).
4. Membimbing dan menggalakkan murid mencari maklumat dari pelbagai sumber yang betul
dan tepat serta sahih.
5. Memberi galakan dan bimbingan kepada murid untuk mengajukan soalan. Guru seharusnya
menyediakan soalan-soalan yang dapat membantu murid mentafsir dan menilai data dengan
baik.
6. Mendengar dan memberi respon yang positif terhadap perkara yang signifikan dalam
pembentangan murid.
7. Membimbing murid menilai hasil kerja dan produk rakan dengan berhemah.
8. Memberi komen dan cadangan membangun serta melengkapkan hasil kerja/produk murid
untuk menggalakkan murid menambah baik produk agar berani mencuba sesuatu.
9. Membimbing murid membentuk kumpulan yang sesuai mengikut keperluan kelas dan
akitiviti.
109

